Thursday, 29 August 2013

3 days before marriage

Wow..i'm getting married in 3 days!

Today everybody at work was asking me..'are you nervous?'..errr i'm not nervous yet..my mind usually goes blank only when i see lots of people, which is on the big day itself..hahaha..right now i'm just preparing myself..went to spa just now for a massage..it kinda feels like any other normal day except that i'm taking care & pampering myself much more than usual..

But starting from tomorrow, it will be a little different..family starts gathering, people will start getting busy helping out..it will be more fun!
Wedding is a time to be happy..i can see lots of people around me feeling really happy for me when i told them that i'm getting married..i never get bored from the reaction..hihi..

Already received 2 gifts from those who cannot attend, even though it is not my wedding yet! I'm surrounded by nice people & i'm glad for that..

Too bad my fiance is not feeling well..i feel bad for him..wish i can make the pain go away..get well soon my dear..


Monday, 19 August 2013

KENAPA SAYA SAYANG AWAK? (WHY DO I LOVE YOU?)

Hahaha..so cheesy ;p

Hari ini si dia bertanyakan soalan ni..mengapa aku sayangkan dia? aku bilang sudah berkian kali soalan ini diajukan kepadaku..adakah si dia masih tidak berpuas hati? Mungkin si dia tidak percaya dengan perasaanku kepadanya. Maklumlah, aku setuju untuk menjalinkan hubungan dengannya sebagai tunang hanya setelah 2 bulan berkenalan. Sekiranya ditolak hari-hari dimana aku tidak dapat berborak dengannya, kemungkinan kami hanya berkenalan selama sebulan atau mungkin kurang dari itu.

Pada mulanya, aku dan dia berborak di laman facebook. Hanya 2 kali si dia menegurku sebelum aku memutuskan untuk mula menegur si dia terlebih dahulu. Kedua-dua kali ini, aku sepertinya layan tidak layan sahaja kerana pada pertama kali aku berborak dengan si dia, aku masih lagi bersama bekas teman lelakiku. Kali kedua kami berborak, aku sudah berpisah dengan bekas teman lelakiku. Panjang ceritanya. Kukira tidak perlu lah aku berkongsi hal yang sudah lepas ini.  Berbalik kepada hal tadi. Pada kali kedua aku berborak dengan si dia,  dapat aku ketahui bahawa dirinya pernah meminati sahabatku. Tetapi aku tidak merasakan apa-apa kerana belum lagi mempunyai perasaan kepadanya.Semasa perbualan, yang tercetus di kepalaku ialah si dia ialah seorang yang baik. Kerana di awal perbualan soalan pertama yang keluar ialah 'isteri orang ke ni? Malam2 borak dengan isteri orang nanti marah pulak si suami.' Namun perbualan kami tidak panjang kerana pada waktu tersebut aku sedang berada di dalam tugas.

Perbualan kami yang ketiga, aku yang mulakan. Secara jujur, jiwaku kekosongan semasa itu. Bukanlah tidak ada lelaki yang berborak denganku. Memang ada, tetapi hanyalah lelaki dari tempat kerja yang memang aku tidak suka untuk campuri selain dari urusan kerja. Lelaki yang kuminati pula berbaik dengan sahabatku yang lain. Sedikit kecewa, lantas aku teringat kepada si dia. Di dalam hatiku berkata ' Hmm..bolehlah berborak dengan dia ni..dia ni pun baik jugak..takpela kenal2 je..tambah kenalan & tambah pengalaman..nak kenal lelaki mcm2 perangai..tp dia ni ok kot? Masa camping scout dulu rasa macam pernah nampak dia ni..rajin tolong2 masa tu..bagus jugak dia ni..takpe2 kenal2 aje..'.. Jadi aku pun memulakan perbualan..Namun begitu message yang dihantar di facebook tidak berbalas selama beberapa hari..kukira ada dalam satu minggu..Akhirnya pada suatu malam si dia membalas message yang aku hantar..wah..gembira juga rasanya..kusangka si dia langsung tidak mahu berbual denganku..maklumlah, pada masa yang lepas aku sepertinya sombong dan kurang bercakap..bukanlah aku mahu bersikap begitu secara suka2, tetapi pada pertama kali aku sedang di dalam hubungan, walaupun hubungan tersebut seperti retak menunggu belah. Aku masih menghormati hubungan tersebut. Kali keduanya aku sedang bersedih. Jadi aku memang tiada perasaan untuk melayan dengan rasa gembira. Pada kali ketiga ini,aku lebih banyak bertanya tentang kerjayanya. Cerita tentang kerjayanya timbul kerana aku bertanyakan mengapa message lambat dibalas. Rupa-rupanya kerjanya kerja di laut. Aku banyak bertanya kerana aku memang suka untuk mengetahui kerja-kerja di luar bidang kesihatan. Lebih-lebih lagi pekerjaan yang mencabar. Juga kerana aku ingin menutupi rasa sedih pada waktu itu lalu aku memilih untuk mengisi kepalaku dengan pelbagai maklumat.

Dari perbualan ketiga, aku rasa selesa berborak dengannya. Lantas perbualan yang keempat dan seterusnya muncul apabila kulihat dirinya 'online' di facebook. Dari perbualan ini, kami mula berborak tentang kerjaya dan corak kehidupan seharian. Si dia mula bertanyakan kepadaku, apakah aku boleh bertahan sekiranya mendapat suami yang bekerja di laut selama 3 bulan tanpa pulang ke darat? Dari soalan ini aku sudah merasa hairan. Mengapa perlu bertanya soalan ini kepadaku? Kami belum pernah pun berjumpa dengan masing2. Namun begitu, aku berikan juga jawapan. Sudah tentu jawapanku sama seperti orang lain. Aku mungkin tidak dapat bertahan kerana aku sukakan lelaki yang dapat berada di sampingku ketika aku memerlukan. Pada masa yang sama, dalam hati aku sudah mula memutuskan bahawa aku dan si dia tidak akan ada apa-apa hubungan. Hanya sekadar kawan dan tidak lebih dari itu.

Setelah beberapa kali berbual, kami bertukar no telefon. Aku tidak dapat mengingati siapakah yang mula bertanyakan no telefon ini. Kami mula berbual dengan lebih kerap. Aku mula menyukai si dia. Aku sukakan sikapnya. Dari perbualan kukira si dia agak tenang dalam menghadapi situasi dan juga teliti. Dalam banyak2 perbualan juga dapat aku rasakan bahawa dirinya ialah seorang yang bertanggungjawab. Tetapi di dalam hatiku, tetap aku ingatkan bahawa si dia akan bekerja di laut selama 3 bulan. Tak mungkin aku boleh menjalinkan dengan seseorang seperti ini. Namun begitu, perasaan suka semakin kuat. Ia sampai di satu tahap di mana aku meminta untuk si dia tidak berbual denganku lagi.Si dia akur. Namun begitu hatiku pula yang meronta-ronta untuk berbual dengannya. Aku seperti memerlukan si dia. Mendengar suaranya membuatkan aku gembira. Aku tidak lagi sedih.

Pada masa tersebut aku sudah tahu, aku tidak mungkin lagi dapat menjauhkan diri dari si dia. Si dia sudah mendapat tempat di hatiku. Aku memang mudah untuk meminati seseorang. Tetapi rasa minat itu memang amat mudah hilang kerana aku seringkali berjumpa dengan pekara yang aku tidak sukai dengan lelaki tersebut. Lain dengan si dia. Aku sukakan banyak perkara tentang si dia. Lalu perbualan akhirnya membawa kepada pertemuan. Si dia sudah pun menyuarakan hasrat untuk menjalinkan hubungan denganku sebelum itu. Tetapi aku tidak dapat memberi kata putus kerana kami belum pernah pun berjumpa. Aku tidak boleh mengambil risiko sedemikian kerana kadangkala perbualan di internet dan perbualan secara bersemuka amat berbeza. Perangai juga mungkin sedemikian.

Pertama kali kami berjumpa, si dia memakai sweater yang mempunyai litup kepala. 'wow hensem jugak si dia ni' dalam hatiku berkata. Nasib lah aku memang menyukai pemakaian sebegini. Tidaklah begitu kemas tetapi aku tidak kisah. Aku seorang yang fleksibel. Yang paling penting ialah perangai. Semasa pertemuan, aku memang tidak boleh bertentang mata dengannya. Aku segan. Si dia memang berani. Berkali-kali si dia meminta aku memandang matanya. Bertambah malu. Semasa pertemuan tersebut dapat aku perhatikan si dia seperti menyembunyikan sesuatu dariku. Dia seorang yang sangat berhati-hati. Perbualan tentang soal kerjanya juga si dia amat berhati-hati. Aku tidak bertanya banyak. Mungkin ada hal yang si dia tidak mahu aku ketahui, jadi aku perlu menghormati pendiriannya. Jika dia mahu, dia akan memberitahuku.

Setelah pertemuan pertama, si dia bertanyakan kepadaku apakah hasil pertemuan. Jawabku, sudah tentulah aku sukakan dia. Walaupun ada sedikit janggal kerana sikapnya yang asyik sembunyikan sesuatu, namun aku merasa selesa dengannya.

Setelah pertemuan pertama, aku mula merindukannya. Lalu kami bertemu buat kali kedua. Pada masa ini, kami sudah pun mula rapat. Si dia mengajak aku untuk bertunang dan kerapkali bertanya samada aku sudah bersedia. Pada masa tersebut, aku sebenarnya belum betul2 bersedia, tetapi keyakinan dirinya di dalam perhubungan kami membuatkan aku bersedia dan turut yakin untuk bertunang dengannya. Perkara seperti ini bukanlah boleh diberi kata putus dalam masa perkenalan yang singkat, tetapi perkara2 yang sudah aku selidiki berkenaan si dia dan juga perasaan yang mengikat membuatku yakin untuk bertunang dengannya..

Selepas pertunangan, perasaan kami kian bercambah. Aku memang tidak peduli lagi sekiranya si dia berada di laut selama 3 bulan. Yang aku tahu, aku inginkan dia menjadi pasanganku. Perkara tersebut tidak lagi menggangguku. Aku akui selama si dia berada di laut, aku amat merindukannya. Namun kugagahi jua. Mujurlah aku juga bekerja. Sedikit sebanyak dapat membantu aku untuk merasakan masa berjalan dengan pantas. Rinduku terubat kerana si dia amat rajin menghantar gambar dan juga menghantar message ketika si dia berada di pelabuhan.

Masa berjalan pantas, dan kini, kami bakal melangsungkan perkahwinan dalam 2 minggu lagi..dan masih lagi si dia bertanyakan, mengapa aku sayangkan si dia..

Akan aku jawab,

Bukan kerana rupa. Sekiranya apa-apa terjadi kepada wajah atau badanmu , aku masih sayangkan kamu.
Bukan kerana harta. Sekiranya kamu ditimpa kesusahan, aku masih sayangkan kamu.
Tetapi kerana dirimu sendiri. Pada mulanya memang pilihan adalah berdasarkan sikap dan rupa, namun setelah perasaan sayang ini dipupuk, apa-apa perkara tentang dirimu aku terima. Akan aku cuba usaha untuk menjadi yang terbaik buat dirimu.

Semoga perasaan kasih sayang antara kita berdua berkekalan.
Jangan ditanya mengapa aku sayangkan kamu, kerana perasaan sayang aku pada dirimu tak dapat aku ertikan dengan kata-kata.



Tuesday, 13 August 2013

it is 3 weeks before my marriage

People kept asking, 'how is your preparation?'

Hehe..so i replied 'what needs to be done has been done'
As simple as that.

The truth is there are many things to be done..but i refuse to be panic..haha..right now i'm busy enjoying myself with my fiance..he has been generous buying me my favourite food & all..spoiling me a little bit..it felt nice :) it has been quite a while since i felt like i'm being pampered..anyway what you give you get back..so i treat/spoiled him with a back massage at the spa today..i know his mind & body is tired..thinking about so many stuff at once..can't say how much i appreciate his effort..

Hmm..right now i'm sending away invitation cards..thank God for the internet! Everything becomes easier..i just have to send message to a group of people in facebook for their address..& then copy, paste..hehehe..

Will go & test my wedding dress/clothes tomorrow..

Hmm..how time flies..i'm excited but a little bit nervous..hopefully everything goes well!

Monday, 5 August 2013

Capital Cities - Safe And Sound




"Safe And Sound"

I could lift you up
I could show you what you wanna see
And take you where you wanna be

You could be my luck
Even if the sky is falling down
I know that we'll be safe and sound

We're safe and sound

I could fill your cup
You know my river won't evaporate
This world we still appreciate

You could be my luck
Even in a hurricane of frowns
I know that we'll be safe and sound

Safe and sound
We're safe and sound
Safe and sound
We're safe and sound
Hold your ground
We're safe and sound
Safe and sound

I could show you love
In a tidal wave of mystery
You'll still be standing next to me

You could be my luck
Even if we're six feet underground
I know that we'll be safe and sound

We're safe and sound

Safe and sound
Safe and sound
Hold your ground
Safe and sound

I could lift you up
I could show you what you wanna see
And take you where you wanna be

You could be my luck
Even if the sky is falling down
I know that we'll be safe and sound

I could lift you up
I could show you what you wanna see
And take you where you wanna be

You could be my luck
Even if the sky is falling down
I know that we'll be safe and sound

We're safe and sound
We're safe and sound
We're safe and sound
We're safe and sound

Safe and sound
We're safe and sound
Safe and sound
We're safe and sound
Hold your ground
We're safe and sound
Safe and sound
We're safe and sound