Sunday, 8 June 2014

Tips tambah pengeluaran susu & penjagaan badan orang Bali

Masa pergi urut kat Bali Spa, Megamall baru2 ni, saje la korek sikit tips from tukang urut tu..tukang urut sini semua mmg import from Bali..
Katanya, penjagaan orang  Bali tak banyak sangat macam orang Jawa..orang Jawa ada macam2 jamu buat sendiri..

So antara perkara yang dibuat orang Bali ni ialah:

Pengeluaran susu badan:

1. Urut point di ketiak, bahagian atas dada & belakang untuk stimulate point keluar susu badan..
 
2. Hari pertama & kedua selepas bersalin, apply paste beras+ bawang pada bahagian atas dada..beras direndam dulu jadi lembut sikit, kemudian ditumbuk sampai lumat bersama bawang (bawang ni hanya ambil bahagian tengah sahaja, iaitu bahagian yang akan tumbuh jadi pucuk pokok tu)..apply pada waktu malam (mungkin sebab pengeluaran susu paling banyak pada waktu malam..hormon prolaktin paling banyak rembes waktu malam..hormon ni bertanggungjawab untuk pengeluaran susu badan..)





Penjagaan badan:

1. Sebaik sahaja bersalin, tidak boleh mandi..tunggu sehari selepas baru boleh mandi..hari pertama berehat sahaja

2.  Untuk percepatkan pengeluaran darah & kecut rahim & cepat sembuh luka selepas bersalin, boleh minum campuran sirih+kunyit+air asam jawa+gula merah (sedikit saja)..boleh minum seminggu selepas bersalin..sirih untuk kurangkan bau hanyir darah, kunyit untuk bantu pengeluaran darah, bantu kecut rahim & sembuh luka, air asam jawa & gula merah untuk rasa..caranya, blend kunyit dan sirih, tapiskan dan ambil airnya..kemudian masak di atas dapur api, campurkan bersama air asam jawa & sedikit gula merah..sekali buat boleh disimpan sampai 4 hari..minum segelas sahaja sehari, pada waktu malam..

3. Air rebusan sirih digunakan untuk jirus bahagian bawah (kurangkan hanyir darah)


Antara tips lain (bukan Bali style :P) untuk pengeluaran susu badan:


1. Makan habbatussauda/black seed/black cumin/jintan hitam..yang ni ada terbaca orang komen memang bertambah pengeluaran susu lepas makan ni..diamalkan selepas bersalin sahaja! semasa mengandung tak boleh makan, takut keguguran..selepas bersalin boleh makan..ada orang yang blend kemudian letak dalam kapsul, ada orang tabur atas nasi untuk makan, ada yang ngap terus satu sudu mentah2 tu, ada yang ambil oil..apa2 pun, boleh la cuba mana yang selesa & menjadi..

2. Minum air rebusan halba..macam habbatussauda, ada juga yang blend halba ni & masuk dalam kapsul untuk dimakan..yang blend halba ni doktor pakar di PRKMUIP yang beritahu dia buat macam tu..ada attend seminar kehamilan..ni la antara tips dikongsi..

3. Makan lobak putih..rasa2 ni memang selalu dengar..buat sup..kalo larat makan mentah ok je..huhu

4. Supply susu pada anak based on demand..mintak je bagi mintak je bagi..huhu

5. Don't stress out..paling penting ni sebab bila stress memang pengeluaran susu terjejas..

6. Jangan minum air sejuk/air ada ais..ni akan kurangkan susu..

7. Makan/minum makanan/minuman tambah susu: chatime milk tea (hot), milo/horlicks, sawi, durian, kurma, rolled oats, avocado, chia seed, flax seed, dried longan +red dates, sayur cekur manis, sup salmon head + raw green papaya, daun kucai, susu kambing, tempe, jambu, peria, pegaga, betik, ketam, air soya, air barli, air laici

8. Avoid yg kurangkan susu: kubis, broccoli, caffeine/iced/carbonated drinks