Haaa..dah lama rasanya tak menaip..huhu..
Emm..aku kena bersalin secara caesar, sebab baby breech (posisi baby songsang, kepala di atas dan punggung di bawah..sepatutnya bila minggu ke 36 baby punya kepala sudah position di bawah, sedia untuk engage)..jadinya pertama sekali sebelum decide untuk caesar, doktor di klinik kesihatan tu refer aku ke hospital untuk ECV..ECV = external cephalic version, dimana doktor akan cuba pusingkan baby..
Pengalaman ECV:
Mula2 nurse akan check keadaan jantung baby dan keadaan ibu..lepas tu bila dah ready data semua, doktor check n pastikan semua keadaan ok, doktor akan suntik satu jenis ubat untuk lembutkan uterus supaya senang pusing baby..doktor akan cuba pusing sebanyak 3 kali, jika tak berjaya doktor akan stop lah..then akan monitor semula keadaan baby dan ibu..
Hurm..masa suntik ubat tu biasa la sakit sikit..aku tak kisah part tu..masa pusing baby tu fuuhhhhhhh...sakitt wehh...cara dia pusing tu cmni, guna kedua2 tangan, doktor akan tekan jari ke perut n rasa mana baby tu, lepastu bila dapat tempat pegang sesuai, dia akan tekan lagi kuat dan pusing baby (macam pulas perut kita lah)..adoihhh..seb baek aku dah biasa kena urut..so sakit2 cmni awal2 tu aku bleh tahan..tapi baby takmo pusing ooo..doktor panggil member doktor lagi sorang, hoh..2 org tekan perut aku dan pusing..memula pusing satu side, tak berjaya tukar side, then tak berjaya tukar side lagi..kaedah ni kena relakskan badan, tak boleh buat keras..masa pusing tu tak berjaya, nurse asek cakap aku keraskan perut sebab tu tak lepas..waduh aku dah lembutkan sehabis mungkin..tapi kalo dah sakit tu, memang kdg2 tak tercontrol lah..tapi doktor back up aku, kata perut dah lembut tapi baby asek pusing semula ke position asal..aku sendiri tengok skrin ultrasound..dah nak sampai ke bawah, doktor urut sket lagi aku ingat berjaya la, baru nak happy gila2 sebab aku rasa doktor pusing perut aku lebih dari 4 kali kottt...pergh..macam 6 kali aku rasa..anyway baru nak happy, tgk skrin semula baby kepalanya dah kat atas..doktor pun last2 give up lah..ape boleh buat..perut aku memang senak kena tekan n pusing..paling senak bila dah pusing satu arah sampai ke bawah, tiba2 nak tukar ke arah lain pulak..adoih..balik rumah daripada prosedur memang flat la kat katil..satu hari penat..dah la time puasa..huhu..anyway bila ecv tak berjaya, ada 2 lagi choice cara bersalin, iaitu caesar dan satu lagi bersalin ikut vagina mcm biasa..tapi doktor tak bagi bersalin ikut vagina untuk 1st baby, sebab biasanya 1st baby bukaan lambat, nanti risiko kepala baby tersekat pulak..kalau anak ke 2 ke 3 bukaan cepat so risiko kurang, mayba doktor bagi..jadi aku kena la caesar..tak tercapai hajatku untuk bersalin normal..takpelah, aku doa untuk yang terbaik aje..dah ditentukan Allah..terima lah dengan hati redha..pasti ada hikmahnya..
Anyway aku berjaya habiskan puasa 30 hari tengah sarat2 nih (hooreyy!!)..sempat beraya 2 hari..dapat la makan sedap2 masa raya..bantai rendang daging banyak gila! haha..anyway doktor dah bagi date untuk aku caesar pada 5 Aug 2014 (hari raya ke 9)..tapi baby dah tak sabar agaknye..hari raya ke 3 pkul 5 pagi aku rasa perut aku senak, asek contraction..aku timing, haa selang 5-10 minit setiap contraction..memang pecah ngantuk ar..pkul 5.45 cmtu pas azan subuh aku kejut suami..suami koya2..aku cakap kalo kompem ni kne g hospital lah..pkul 6 tu aku dah macam sangat confirm mmg ni la dia contraction nak beranak, so aku pun siap2..pkul 7 baru sampai hospital..amek masa rilek aje kan..kui3..padehal hospital 5-10 min sampai dah..
Sampai hospital, nurse mula2 rilek2 aje check aku..so aku cakap la, aku sepatutnya caesar, terus muka cemas..panggil doktor..aku kena marah ler sebab nak caesar tapi datang hospital lambat..adoi..terima aje lah..mana la aku tau contraction nak beranak..sebabtu lewat, sebab nak confirmkan dulu..huhuhu..doktor check2 bukaan dah 2-3cm..tettt..seb baik la hari ke 3 raya wehhh..staff dah ramai mula kerja, termasuk doktor2 pakar n nurse semua..pulak pkul 7 masuk, elok2 ler pkul 8 boleh mula operate..sbb pkul 8 org start kje..untuk caesar ni, sebenarnya kena puasa..takleh makan mnum..kebetulan hari sebelum (raya ke 2) tu borak2 ngn kakak ipar suami yg kje sebagai nurse..dapat tau la takleh mkn mnum 8 jam sebelum operate..hari raya ke 2 tu jgk aku n suami mmg kurang mkn sgt2..mkn nasi pkul 7 sebab suami mls nak g beraya, pastu dia sibuk buat tshirt untuk family day yg akan dibuat hari raya ke 3..tshirt asek tak jadi..sudahnye duk tunggu2, jadi tak makan..anyway hikmahnye ialah kalo raya ke 2 tu aku n suami pgi enjoy makan, bahaya untuk aku lalui operation..risiko makanan n mnuman masuk paru2..
Masa masuk dewan bedah, uterus aku masih contraction..sakit sungguh..dah la asyik suruh straight kaki..aku nak angkat lutut supaya lega tapi tak bagi..adui..mmg seksa la masa tu..dalam dewan bedah, menahan sakit contraction lagi..tp seb baek la tak lama tu doktor inject ubat kat tulang belakang..cuak gak..seb baek tak sakit sgt2 masa cucuk..yg penting bdn kena tegak la..takleh bongkok..mencabar sikit part tu sbb masa cucuk tu tbe2 contraction dtg semula..aduhhh..seb baek part tu selesai masa aku dah tak tahan sgt..lepas kne cucuk, tak rasa dah contraction..then tak lama lpastu doktor mula nak operate..aku cuak bila doktor start operate, sebab aku boleh rasa! walaupun macam kena gigit kerengga, tapi ngilu jugak especially boleh bau hangit2 daging kne potong tuh..errr..doktor bius perasan muka aku kerut2 agaknya, dia tanya sakit ke? aku kata tak sgt tapi boleh rasa..so doktor bius kata patutnya tak rasa..so dia bagi masa beberapa saat suruh doktor operate tu stop jap, then start semula..time tu tak rasa dah..doktor bius kata maybe diorang start awal sket masa tu..tett...takpelah..anyway lama juga rasa kne operate tu..dalam hati, bila la nak siap? jenuh tunggu..then smpai satu masa tu, rasa mcam doktor tarik samething dari badan aku, then rasa macam perut kempis.tapi aku tak dengar suara baby menangis..dalam beberapa minit lepastu baru dengar..mcm musykil uiks tu ke suara baby aku? ye la kot agaknye..dlm 5 min lepastu nurse bawak baby kasi letak kat breast..supaya baby kenal bau mak dia..baby terus nak nyonyot susu haa..pandai sungguh..tgk2 baby boy!! wuhuuu!!! sebabnye masa pregnant mmg tak nmpk bird dia..kepittt je..doktor scan pun mcm yakin baby girl..tp instinct baby boy.. sungguh baby boy rupanya..
lepastu nurse bwk untuk bersih baby, aku continue kena jahit la..hurmm..lama sungguh rasa menunggu..then dah siap, aku kena transfer ke wad..bila start kena tolak atas troli tu, aku rasa dada berat & tak boleh bernafas..tbe2 rasa nak muntah..masa ni la aku syukur sgt aku kurang makan hari sebelum tu..sebab aku muntah ni memang seksa rasanya..tak boleh angkat kepala weh..kalo mkn heavy sebelum tu, mmg tersedak makanan la aku..mesti kne masuk wad..isk..ada hikmah di sebalik semua kejadian..syukur ya Allah atas pengaturan yang aku rasa semuanya dipermudahkan..aku rasa syukur jugak baby nak keluar awal, sebab kalo kne operate 5hb mcm doktor jadualkan,masa tu student UIA nak exam..diorang akan tgk aku dibedah..wahh tak mauuuu...Alhamdulillah, masa aku operate tu mmg tenang la..takde student2 tgk..lega den..
First 6 hour lepas operate, tak boleh bangun or angkat kepala..baring je la masa ni..lepas tu bleh bgn..digalakkan bangun supaya peredaran darah lancar..masa tu pkai tiub kencing..so lepas 6 jam tu aku request nurse untuk cabut tiub kencing..tak selesa weh..sebab pkai tiub tu, aku takleh pkai panty so maknanya darah nifas tu sng comot kat tempat baring sebab panty takde untuk pegang pad..hurmph..dah la kena tukar pampers baby lagi..susah kot nak gerak amek barang dengan takde panty sebab pad tu cmne? takkan nak pgg pad sambil tukar pampers baby..tak convenient langsung..so aku minta cabut tiub kencing, then pergi bersih diri.sakit masa bergerak mmg tak hengat la..jalan mcm kura2..lpastu pedih la tempat kencing masa kena air..takpe tahan je..lap2 badan je la..takleh mandi weh..nanti luka operate basah lagi lambat kuar hospital..anyway lepas cabut tiub, kena pastikan kencing dalam masa beberapa jam lepas tu..kalo tak dia kata akan pasang tiub balik..oh no! so aku mnum air lebih sikit..haa lepastu ade rasa nak kencing..pgi toilet nak teran aduhai sakit seyh..tapi kuatkan semangat, mesti cuba lagi..last2 bleh kuar lebih lagi..penting untuk kosongkan pundi kencing..kalo tak luka caesar tu akan sangat sakit sebab pundi penuh akan tolak area tu..so lepastu everytime g toilet mmg akan usaha kosongkan pundi walaupun sakit..
Dalam wad kena tahan 2 hari..48 hours..lepas 48 hours, kalo luka kering, boleh kuar la..happy aku dapat kuar..hihi..anyway keadaan perut masa lepas caesar tu mmg la tak cun lgsg..besar weh..tapi lepas baby breastfeed, aku perasan perut cepat kempis (sebenarnya rahim yg kecut)..thank you baby..awak selamatkan mama..huhu..comey sikit perut mama bila awak breastfeed..sakit masa jalan pun kurang sebab rahim/uterus mula kecut..aku mmg perasan sgt, bila baby breastfeed, rahim cepat kecut sebab setiap hari mmg improve sangat sakit masa berjalan..lega den..bila hari ke 5 ke 6 bleh jalan cam biasa dah..
hurmm..smpai sini je la dulu coretanku..nak bebel lagi kat sini tapi at the same time aku pun dah kne bebel suruh pgi makan..haha dah pkul 4.30pm belum lunch..tadi mkn pagi pkul 11.30..tu pasei la kot blom lapar..oklah g makan dulu..
papai..
Friday, 15 August 2014
keadaan bayi baru lahir, penjagaan bayi -mandi, menyusu, penjagaan tali pusat
Keadaan
bayi baru lahir:
2.
Kulit mungkin sedikit kering
dan mengelupas. Keadaan ini disebabkan penghasilan
minyak oleh kulit bayi yang baru lahir masih belum stabil.
3.
Terdapat bulu
halus terutama
di bahagian telinga dan belakang bayi (kadangkala agak lebat). Namun jangan
risau, bulu halus ini akan gugur dari semasa ke semasa.
4. Anda
juga akan melihat tompok-tompok
merah seperti
ruam di hidung dan beberapa bahagian badan yang lain. Perkara-perkara ini akan
hilang apabila bayi anda semakin membesar.
5. Lazimnya,
bayi baru lahir akan turun
berat badannya selepas
tiga atau empat hari dilahirkan. Walau bagaimanapun, bayi anda akan mendapat
kembali berat badan asalnya selepas dua minggu dilahirkan.
6. Jangan terkejut jika kaki dan tangan bayi anda berasa sejuk semasa anda memegangnya. Hal ini berlaku kerana sistem peredaran darahnya belum sempurna.
7. Warna kulit bayi anda juga akan berubah dari masa ke semasa.
8. Bayi anda yang baru lahir mungkin kelihatan "mengerekot" dengan tangan dan kakinya belum betul-betul lurus. Ini adalah disebabkan kedudukannya dalam rahim ibu. Jangan risau, dengan sedikit urutan dari semasa ke semasa, ia akan lurus seperti biasa.
9.
Muka dan bahagian lain bayi mungkin kelihatan sedikit sembab di awal kelahiran.
10.
Adalah normal bagi bayi baru lahir mengalami demam kuning atau jaundis pada
hari kedua hingga ketiga kelahirannya. Namun jika tidak dipantau, ia boleh
membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius.
11.
Kebanyakan bayi baru lahir lebih
gemar untuk tidur daripada
berjaga, terutama dalam minggu pertama kelahiran. Kejutkan bayi setiap 2 jam
untuk disusukan untuk elakkan jaundis.
12.
Bayi baru lahir suka dibedung kerana berasa lebih
selamat, seolah-olah berada dalam rahim ibunya.
13. Kelenjar
susu bayi
baru lahir boleh menghasilkan susu. Ini adalah berpunca
daripada hormon si ibu yang terdapat di dalam susu ibu yang diberikan kepada
bayi.
Cara Memegang Bayi
Jangan berasa takut untuk memegang bayi anda. Dia sebenarnya lebih kuat dari yang anda sangkakan. Yang perlu anda beri perhatian adalah kepalanya yang masih lagi lembut. Sehinggalah dia berusia lebih kurang 4 minggu, bayi tidak berupaya mengawal pergerakkan kepalanya. Jadi, pastikan anda sentiasa menyokong kepalanya. Apabila anda hendak meletakkannya pula, pastikan keseluruhan lengan anda menyokong tulang belakang, tengkuk dan kepalanya sehingga dia telah diletakkan dalam keadaan selamat di atas katilnya.
Tingkah laku dan
tindakbalas refleks bayi
Semua bayi yang baru lahir mempunyai tindakbalas refleks atau
tingkah laku semulajadi yang bertujuan untuk melindungi mereka. Tindakbalas
refleks ini akan berlaku sehingga bayi dapat belajar dengan sendirinya, iaitu
setelah bayi berusia 3 bulan. Ada beberapa jenis tindakbalas refleks
yang dapat dilihat dengan jelas sekali.
Refleks Perlecakkan
Jika anda menyentuh pipi bayi
dengan hujung jari anda, dia akan memalingkan kepalanya kea rah rangsangan
ini dan mulutnya juga akan turut terbuka. Refleks ini memberi panduan
kepada bayi untukmemudahkannya mencari puting payudara anda untuk memulakan
penyusuan.
|
Refleks Penyedutan
Setiap bayi yang baru dilahirkan
mempunyai keupayaan untuk menghisap. Bayi akancuba menghisap apabila
sesuatu cubadimasukkan ke dalam mulutnya atau jika
andacuba menyentuh lelangitnya dengan hujung jari anda.
|
Refleks Pengenggaman
Bayi yang baru lahir akan
mengenggam dengan kuat apabila sesuatu diletakkan di tapak tangannya secara
automatic. Jika andacuba menyentuh kakinya pula, dia turut membalas
seperti mahu menggenggam sesuatu.
|
Refleks Kejut/Moro
Sebagai tindakbalas terhadap bunyi
yang kuat atau hentakan yang mengejut, kedua-dua belah kaki bayi akan
terangkat dan kedua-dua belah tangannya akan turut terlempar kea rah sisi
badannya. Jika ini terjadi, dakaplah bayi dengan erat agar dia berasa selamat
dan selesa.
|
Penjagaan Pangkal Tali Pusat
Pangkal tali pusat akan kering dan tertanggal 1-3 minggu selepas
bayi lahir. Anda harus memastikan bahagian tersebut sentiasa bersih dan kering.
Anda mungkin dinasihatkan untuk hanya mengelap pangkal tali pusat tersebut
dengan lembut iaitu dengan menggunakan ubat antiseptic dan kapas yang bersih. Adalah menjadi kebiasaan
sekiranya tali pusat tersebut berdarah atau berbau sedikit.
Pastikan tali pusat bayi tidak ditutup rapat oleh barut bayi atau
lampin bayi supaya cepat kering & tanggal & elak infeksi.
Biasanya tali pusat akan mengecut, menjadi hitam dan gugur dengan
sendirinya. Dalam pada itu ada luka kecil di bahagian tunggul pusat, tapi
tak perlu risau sebab bahagian tersebut akan pulih dan menjadi pusat bayi anda.
Bila tali pusat dah betul-betul tanggal dari pusatnya, anda boleh lah sapu
minyak gamat di bahagian yang masih sedikit luka agar luka sembuh dengan lebih
cepat.
Tanda-tanda jangkitan pada tali pusat bayi
Ibubapa perlu perhatikan tali pusat bayi anda sekiranya terdapat
sebarang jangkitan. Ini memang jarang berlaku, tetapi jika ia berlaku ia boleh
merebak dengan cepat dan memberi masalah kesihatan kepada bayi anda.
Antara tanda-tanda jangkitan ialah :
- Tali pusat dan di bahagian tunggul pusat berbau busuk
- Ada cecair kuning seperti nanah keluar dari tali pusat
- Bahagian pusat bayi kelihatan merah dan kelilingnya lebih lembut dari biasa
- Bayi diserang deman panas
- Bayi kelihatan lesu
- Bayi tak ada selera untuk minum susu atau menyusui susu ibu
Nota : Jika tali pusat bayi masih melekat dan tak tanggal selepas
4 minggu, sebaiknya anda bawa bayi anda untuk pemeriksaan lanjut. Kelewatan
tali pusat tanggal boleh terjadi disebabkan oleh anatomi bayi atau sistem
ketahanan badan.
Mandi dan membersihkan bayi
Sebahagian daripada rutin harian anda ialah memastikan bayi anda sentiasa bersih. Dengan badannya yang masih kecil dan kelihatan halus dan lemah, pastinya pengalaman memandikan bayi buat pertama kalinya merupakan sesuatu yang mencabar. Namun, jika anda cuba memperuntukkan masa selama stengah jam, menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan dengan lebih awal dancuba bertenang, anda mungkin berasa seronok melakukannya. Lambat laun, ia akan menjadi rutin yang begitu mudah dan anda berasa amat yakin dan tidak kekok untuk melakukannya lagi.
Panduan
memandikan bayi:
1. Seelok-eloknya gunakan sebuah
besen kecil. Sebelum meletakkan bayi di dalam air, periksa suhu air dengan
siku anda. Ia tidak seharusnya terlalu panas atau terlalu sejuk.
|
2. Kesemua kelengkapan untuk mandi
hendaklah diletakkan di tempat yang mudah dicapai seperti:
� Sabun dan syampu bayi
� Sehelai kain untuk mengelap bayi
� Gumpalan kapas yang bersih untuk membersihkan mata bayi
� Sehelai tuala
� Pakaian dan lampin yang bersih
|
3.Pastikan bilik mandi atau bilik
anda sentiasa hangat. Tutup semua tingkap untuk mengelakkan tiupan angina
yang kuat.
Tanggalkan semua pakaiannya dan
balutkannya dengan tuala.
|
4. Cuci mata dan basuh mukanya
terlebih dahulu.
Celupkan gumpalan kapas di dalam
air suam yang telah dimasak dan bersihkan kedua-dua belah matanya. Dengan
lembut, usaplah mata bayi anda bermula dari bahagian sebelah hidung kearah
bahagian pinggir luar mata.
Kemudian, gunakan gumpalan kapas
bersih yang lain untuk mencuci mukanya.
|
5.Seterusnya basuh rambut bayi.
Gunakan tapak tangan anda untuk menyokong kepala dan bahagian bahu bayi.
Rapatkan kepalanya dengan air mandi. Dengan lembut, cedokkan air mandi ke
atas kulit kepala bayi dengan tangan anda.
Tuangkan sedikit syampu tanpa
pewangi atau sabun bayi dan bilas dengan bersih. Pastikan rambutnya
dikeringkan dengan baik.
|
6. Seterusnya tanggalkan tuala. Pangku bayi anda dengan
menggunakan lengan. Pegang bahagian atas lengannya dengan ibu jari dan jari
telunjuk anda. Sebenarnya, cara pegangan ini adalah untuk memastikan anda
masih dapat memegang lengan bayi sekiranya bayi terlepas dari lengan anda.
|
7. Letakkan bayi dalam posisi separuh tegak agar bahagian
bawah tubuhnya terendam di dalam air dan pastikan kepala serta bahuya tidak
berada di dalam air.
Gunakan tangan anda untuk membersihkan bayi. Mulakan
dengan bahagian tubuh yang paling bersih kepada yang paling kotor. Berbual-bual
dan senyum dengannya ketika memandikannya.
|
8. Setelah bayi anda benar-benar bersih, pastikan anda
sentiasa menyokong bahagian lehernya dan letakkan tangan anda di bawah
punggungnya dan dengan perlahan-lahan angkat bayi anda dan balutkannya dengan
tuala . Keringkannya dengan lembut.
|
9. Anda harus mengeringkan kawasan sekitar pangkal tali
pusatnya dengan baik. Kemudian cuci pangkal tali pusat dengan ubat antiseptic
atau alcohol /spirit. Biarkan kawasan sekitar pangkal tali pusat terdedah dan
elakkannya dari tergesel dengan kain lampin dengan memakaikan lampin di bawah
pangkal tali pusat tersebut.
|
Amalan Pemakanan Bayi
Penyusuan susu ibu
Bagaimana untuk menyusukan bayi?
Jika bayi anda tidak mahu menghisap susu sebagaimana biasanya
pada waktu pagi, maka anda haruslah memerah susu tersebut. Ini akan memastikan
susu badan anda terus dapat dihasilkan dengan sempurna sepanjang hari itu. Jika
anda tidak sihat atau tidak berada dirumah untuk menyusukan bayi, anda juga
harus memerah susu agar susu dapat terus dihasilkan dengan sempurna.
Menyusui
bayi mengikut permintaan: Lebih
kurang 8 hingga 12 kali sehari. Biasanya selepas 2 hingga 3 bulan bayi akan
selesa dengan penyusuan sebanyak 6 hingga 8 kali sehari.
Mengikuti
cara bayi anda menyusu: seperti
mengocak (stirring), menggeliat (stretching), pergerakan menghisap dan
pergerakan bibir.
Mengetahui bila bayi anda
kenyang: apabila
bayi berhenti menghisap, menutup mulut atau mengalih mulutnya dari puting, dia
mungkin kekenyangan atau berehat sebentar. Cuba sendawakan bayi atau tunggu
sebentar sebelum menyusukan sekali lagi. Sekiranya bayi kenyang, bayi akan
mengelak daripada disusukan. Bayi yang telah kenyang akan kelihatan selesa,
ceria dan tidak meragam selepas setiap penyusuan pada kedua-dua belah payudara
selama 5-20 minit, membasahkan lampinnya sebanyak 6-8 kali sehari dan mempunyai
pertambahan berat badan yang baik.
Menyusu
dengan mencukupi: Ibu
bapa sentiasa risau sama ada bayi mereka menyusu dengan mencukupi atau tidak.
Perhatikan kepuasan bayi antara masa penyusuan, kesedaran bayi, kesihatan kulit
dan peningkatan berat badan. Bayi anda mungkin tidak menyusu dengan secukupnya
sekiranya dia kurang membuang air besar atau air kecil dan lampin perlu ditukar
kurang daripada 6 hingga 8 kali sekali, atau dia sentiasa tidur sepanjang masa.
Jika anda mengesyaki yang bayi anda mungkin tidak menyusu dengan cukup, anda
perlu membawanya untuk berjumpa dengan doktor.
Apabila
bayi sentiasa menangis: lapar,
perlu ditukarkan lampin, perlu sendawa, letih, perlu didodoi, hendak menukar
kedudukan atau berasa tidak selesa.
Anda mungkin berasa
tertekan sekiranya bayi anda menangis secara berterusan tanpa henti. Namun,
anda mesti cuba terus tenang sepanjang masa dan jangan menggoncang bayi kerana
ini boleh menyebabkan kecederaan yang serius.
Pemberian susu melalui botol: susu formula
Penyediaan susu formula
Kesemua
perkakas termasuklah botol, putting susu perlu dibersihkan dan disteril dengan
sempurna. Susu yang tidak habis diminum, haruslah dibuang. Susu yang telah
dibancuh dan diletakkan dam suhu bilik lebih daripada 1 jam adalah tidak
digalakkan kerana ia boleh merangsang pertumbuhan bacteria.
Bercerai susu
Bercerai susu bermaksud mencampurkan susu dengan sebarang
makanan pejal. Namun, susu masih merupakan sebahagian penting dalam diet harian
bayi anda. Kajian terbaru mengatakan bayi mungkin kurang mendapat alahan
terhadap makanan jika pemberian makanan pejal ditangguhkan sehingga bayi
mencecah usia 6 bulan.
Mulakan dengan memberi 1-2 sudu makanan disamping terus
memberikannya susu seperti mana biasa. Adalah sesuatu yang sukar untuk
menentukan banyak mana bayi anda perlu makan kerana setiap bayi mempunyai
selera dan keperluan yang brbeza.
Membuang Air Besar
Najis pertama bayi dipanggil mekonium. Ia berwarna hijau pekat
kehitam-hitaman. Apabila bayi anda telah mula menyusu atau makan, najisnya akan
bertukar kepada kuning, coklat atau hijau.
Kekerapan bayi membuang air besar adalah amat berbeza antara
bayi-bayi yang lain, tetapi kekerapannya akan berkurangan apabila dia semakin
membesar.
Najis bayi biasanya cair. Bayi yang menyusu badan akan membuang
air besar dengan lebih kerap dan najisnya lebih cair dan berwarna kuning.
Kadang-kadang bayi tidak membuang air besar selama 1-3 hari kerana dia telah
menyerap kesemua susu ibunya, maka dia tidak perlu membuang air besar dengan
kerap. Namun, perkara ini tidak harus disalahertikan dan mengatakan bayi anda
mengalami sembelit.
Najis bayi yang menghisap susu botol pula adalah lebih keras,
berwarna lebih coklat, berbau lebih busuk berbanding bayi yang diberi susu ibu.
Untuk melembutkan najis, adalah amat penting bayi diberi minum lebih banyak air
di antara masa penyusuan. Jus buah-buahan yang telah dicairkan boleh diberi
kepada Bayi yang telah berusia beberapa bulan.
Bayi yang jarang membuang air besar bermaksud dia tidak membuang
air besar lebih daripada 3-4 hari dan najisnya sangat keras dan menyebabkan dia
berasa tidak selesa dan sakit.
Corak Tidur Bayi
Corak Tidur Bayi
Walaupun bayi anda akan mempunyai corak tidurnya yang tersendiri, adalah penting untuk anda membantu bayi agar dapat membezakan antara siang dan malam; dengan menggunakan lampu malap di dalam bilik ketika bayi sedang tidur.
Cuba tidurkan bayi anda pada masa yang sama pada setiap
hari. Ini dapat membantu bayi menyesuaikan dirinya dengan rutin yang tetap dan
lambat laun bayi anda akan terjaga dari tidur pada waktu yang sama setiap hari.
Adalah disyorkan agar bayi anda tidur mengiring atau melenting untuk
mengurangkan risiko bayi lemas. Bayi
yang baru lahir tidak seharusnya diberikan bantal.
Total waktu tidur bayi baru
adalah 16 jam sehari, dengan tidur malam yang gelisah, diseling beberapa kali
bangun. Setelah usia 5 minggu, barulah bayi memiliki pola tidur tetap, yaitu tidur lebih awal di
malam hari dan terbangun 2 - 3 kali di tengah malam. Ritual tidur bisa
membantu bayi tidur
lebih cepat dan berkualitas.
Menurut pengkaji, seorang bayi yang LETIH/PENAT dan INGIN TIDUR akan menunjukkan
tanda-tanda berikut:
- Mulut bayi berbentuk ‘O’ dan seperti menguap.
- Bayi akan menangis/mengeluarkan bunyi ‘OWH’
- Menggosok-gosok mata.
- Bibir mata bayi kemerah-merahan.
- Pergerakan bayi akan tersentak-sentak.
- Menarik telinga.
- Menggeliat.
- Menolak badannya ke atas.
- Menggaru-garu kepala.
Menangis. apakah ertinya?
Berikut adalah beberapa sebab mengapa bayi anda menangis :
� Lapar
� Tidak sihat
� Kembung perut
� Lampin basah atau
kotor
� Tidak berasa selesa
� Terlalu panas atau
sejuk
� Rasa sunyi, atau
bosan, ingin dibelai dan didakap
� Penat , ingin tidur
� Terkejut atau takut
Ibu bapa adalah dinasihatkan untuk belajar memahami corak
tangisan bayi, kerana ia merupakan langkah yang amat penting untuk memahami
keperluan bayi.
Mengurut Bayi
Bayi yang diurut kerap
kali oleh ibu bapa biasanya kurang menangis berbanding dengan bayi yang tidak
diurut. Ia mungkin berkaitan dengan fakta di mana bayi akan tidur dengan lebih
lama dan menghasilkan kurang hormon tekanan berbanding dengan bayi yang tidak
diurut. Selain itu, terdapat peningkatan dalam fungsi sistem pencernaan.
Tuam perut dan ari-arinya dengan kain atau daun sirih yang
dipanaskan dengan seterika untuk elakkan kembung perut dan angin pasang.
Mainan Bayi.
Fungsi mainan bukan cuma menghibur tetapi juga
mengenalkan bayi pada berbagai bentuk dan melatih otot matanya agar lebih
terfokus. Untuk itu, pilihlah mainan dengan warna-warna cerah. Mainan bergerak
dan berbunyi (musical
mobile) yang digantung di tempat tidur akan merangsang indra
penglihatan dan pendengaran bayi. Beruang Teddy yang lembut
menyenangkan bayi saat ia merabanya. Rattle,
mainan genggam yang berbunyi jika digoyang, juga
menghibur dan melatih indra bayi. Bayi juga sangat terhibur melihat pantulan
dirinya di cermin,bayangan di tembok dan tetes hujan. Dan, tentu saja
tidak ada yang lebih menggembirakan bayi dibanding saat ia bermain dengan ayah dan ibunya.
Subscribe to:
Posts (Atom)