Perkara
yang perlu diuruskan setelah bayi lahir
Yang harus dibaca sejurus bayi dilahirkan
·
Azan pada telinga kanan & iqamah
pada telinga kiri
·
Bacakan surah al ikhlas
·
Doa: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon
perlindungan kepada-Mu untuknya serta keturunannya dari syaitan yang terlaknat
MENGURUS URI BAYI BARU LAHIR
Keperluan: Air paip, air asam jawa, kain kapas putih,
3-4 limau nipis, garam kasar, asam keping, cangkul, papan/tempurung kelapa
· Dengan lafaz BISMILLAH bilas uri dengan air suci
lagi menyucikan iaitu air paip/air sungai yg mengalir atau yg sewaktu dengannya
sehingga tiada lagi darah mengalir dari uri tersebut.
· Bilas dengan air asam jawa untuk menhilangkan bau
hanyir.
· Letak uri di atas kain kapas putih bersih. Lebar/besar
kain cukup2 untuk membungkus uri...
· Perahkan 3-4 biji limau ke atas uri hingga naik bau
limau untuk mengharumkan uri. Seterusnya taburkan garam kasar dan asam keping
di atas uri. Ini untuk mengelakkan bau hanyir yang menarik perhatian binatang.
· Kemudian bungkus uri dan ikat bungkusan (menggunakan
hujung kain) kemas-kemas.
· Gali lubang tanah sedalam kira2 sekaki setengah (jarak
atas bungkusan dengan permukaan atas tanah kira2 sejengkal tangan
orang dewesa). Luas lubang sekadar cukup untuk bungkusan uri
tersebut. Alaskan dasar lubang menggunakan papan (apa2 saja bahan yg mudah
reput dan hancur). Letakkan uri di atas papan tersebut. (Papan tersebut boleh
juga diganti dengan temburung kelapa, jika ada..ini lagi baik).
· Selesai menimbus lubang, menghadaplah ke arah kiblat.
Sedekahkan doa Al Fatihah, Ayat Kursi dan 3 Qul dengan niat memohon pertolongan
ALLAH supaya uri dan bayi kita dilindungi dari gangguan iblis, syaitan dan jin.
Sudah selesai....
Tips:
- Seelok-eloknya tanam uri berdekatan dengan surau atau masjid. Tempat di mana insan selalu azan dan mendirikan solat.
- Uri perlu diuruskan segera. Contohnya jika
dapat waktu pagi, mesti ditanam selewat-lewatnya pada sebelah petang hari
yg sama. Jika ada kekangan masa, uri mesti disimpan di dalam freezer
(untuk mengelakkan hanyir) dan dilabelkan sebagai 'uri bayi' untuk
mengelakkan ahli2 keluarga lain terambil, termasak dan sebagainya.
Uri mesti diuruskan dengan baik. Pengurusan uri dikatakan mempengaruhi keadaan bayi yg baru lahir dan sedang membesar...
No comments:
Post a Comment