Friday, 15 August 2014

keadaan bayi baru lahir, penjagaan bayi -mandi, menyusu, penjagaan tali pusat



Keadaan bayi baru lahir:

2. Kulit mungkin sedikit kering dan mengelupas. Keadaan ini disebabkan penghasilan minyak oleh kulit bayi yang baru lahir masih belum stabil.

3. Terdapat bulu halus terutama di bahagian telinga dan belakang bayi (kadangkala agak lebat). Namun jangan risau, bulu halus ini akan gugur dari semasa ke semasa.

4. Anda juga akan melihat tompok-tompok merah seperti ruam di hidung dan beberapa bahagian badan yang lain. Perkara-perkara ini akan hilang apabila bayi anda semakin membesar.

5. Lazimnya, bayi baru lahir akan turun berat badannya selepas tiga atau empat hari dilahirkan. Walau bagaimanapun, bayi anda akan mendapat kembali berat badan asalnya selepas dua minggu dilahirkan. 

6. Jangan terkejut jika kaki dan tangan bayi anda berasa sejuk semasa anda memegangnya. Hal ini berlaku kerana sistem peredaran darahnya belum sempurna. 

7.
 Warna kulit bayi anda juga akan berubah dari masa ke semasa.

8. Bayi anda yang baru lahir mungkin kelihatan "mengerekot" dengan tangan dan kakinya belum betul-betul lurus. Ini adalah disebabkan kedudukannya dalam rahim ibu. Jangan risau, dengan sedikit urutan dari semasa ke semasa, ia akan lurus seperti biasa.

9. Muka dan bahagian lain bayi mungkin kelihatan sedikit sembab di awal kelahiran.

10. Adalah normal bagi bayi baru lahir mengalami demam kuning atau jaundis pada hari kedua hingga ketiga kelahirannya. Namun jika tidak dipantau, ia boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius.

11. Kebanyakan bayi baru lahir lebih gemar untuk tidur daripada berjaga, terutama dalam minggu pertama kelahiran. Kejutkan bayi setiap 2 jam untuk disusukan untuk elakkan jaundis.

12. Bayi baru lahir suka dibedung kerana berasa lebih selamat, seolah-olah berada dalam rahim ibunya.

13. Kelenjar susu bayi baru lahir boleh menghasilkan susu. Ini adalah berpunca daripada hormon si ibu yang terdapat di dalam susu ibu yang diberikan kepada bayi. 



Cara Memegang Bayi

Jangan berasa takut untuk memegang bayi anda. Dia sebenarnya lebih kuat dari yang anda sangkakan. Yang perlu anda beri perhatian adalah kepalanya yang masih lagi lembut. Sehinggalah dia berusia lebih kurang 4 minggu, bayi tidak berupaya mengawal pergerakkan kepalanya. Jadi, pastikan anda sentiasa menyokong kepalanya. Apabila anda hendak meletakkannya pula, pastikan keseluruhan lengan anda menyokong tulang belakang, tengkuk dan kepalanya sehingga dia telah diletakkan dalam keadaan selamat di atas katilnya.



Tingkah laku dan tindakbalas refleks bayi
Semua bayi yang baru lahir mempunyai tindakbalas refleks atau tingkah laku semulajadi yang bertujuan untuk melindungi mereka. Tindakbalas refleks ini akan berlaku sehingga bayi dapat belajar dengan sendirinya, iaitu setelah bayi berusia 3 bulan. Ada beberapa jenis tindakbalas refleks yang dapat dilihat dengan jelas sekali.

Refleks Perlecakkan

Jika anda menyentuh pipi bayi dengan hujung jari anda, dia akan memalingkan kepalanya kea rah rangsangan ini dan mulutnya juga akan turut terbuka. Refleks ini memberi panduan kepada bayi untukmemudahkannya mencari puting payudara anda untuk memulakan penyusuan.
Refleks Penyedutan

Setiap bayi yang baru dilahirkan mempunyai keupayaan untuk menghisap. Bayi akancuba menghisap apabila sesuatu cubadimasukkan ke dalam mulutnya atau jika andacuba menyentuh lelangitnya dengan hujung jari anda.
Refleks Pengenggaman

Bayi yang baru lahir akan mengenggam dengan kuat apabila sesuatu diletakkan di tapak tangannya secara automatic. Jika andacuba menyentuh kakinya pula, dia turut membalas seperti mahu menggenggam sesuatu.
Refleks Kejut/Moro

Sebagai tindakbalas terhadap bunyi yang kuat atau hentakan yang mengejut, kedua-dua belah kaki bayi akan terangkat dan kedua-dua belah tangannya akan turut terlempar kea rah sisi badannya. Jika ini terjadi, dakaplah bayi dengan erat agar dia berasa selamat dan selesa.

Penjagaan Pangkal Tali Pusat

Pangkal tali pusat akan kering dan tertanggal 1-3 minggu selepas bayi lahir. Anda harus memastikan bahagian tersebut sentiasa bersih dan kering. Anda mungkin dinasihatkan untuk hanya mengelap pangkal tali pusat tersebut dengan lembut iaitu dengan menggunakan ubat antiseptic dan kapas yang bersih. Adalah menjadi kebiasaan sekiranya tali pusat tersebut berdarah atau berbau sedikit. Pastikan tali pusat bayi tidak ditutup rapat oleh barut bayi atau lampin bayi supaya cepat kering & tanggal & elak infeksi.
Biasanya tali pusat akan mengecut, menjadi hitam dan gugur dengan sendirinya.  Dalam pada itu ada luka kecil di bahagian tunggul pusat, tapi tak perlu risau sebab bahagian tersebut akan pulih dan menjadi pusat bayi anda. Bila tali pusat dah betul-betul tanggal dari pusatnya, anda boleh lah sapu minyak gamat di bahagian yang masih sedikit luka agar luka sembuh dengan lebih cepat.

Tanda-tanda jangkitan pada tali pusat bayi
Ibubapa perlu perhatikan tali pusat bayi anda sekiranya terdapat sebarang jangkitan. Ini memang jarang berlaku, tetapi jika ia berlaku ia boleh merebak dengan cepat dan memberi masalah kesihatan kepada bayi anda.
Antara tanda-tanda jangkitan ialah :
  1. Tali pusat dan di bahagian tunggul pusat berbau busuk
  2. Ada cecair kuning seperti nanah keluar dari tali pusat
  3. Bahagian pusat bayi kelihatan merah dan kelilingnya lebih lembut dari biasa
  4. Bayi diserang deman panas
  5. Bayi kelihatan lesu
  6. Bayi tak ada selera  untuk minum susu atau menyusui susu ibu
Nota : Jika tali pusat bayi masih melekat dan tak tanggal selepas 4 minggu, sebaiknya anda bawa bayi anda untuk pemeriksaan lanjut. Kelewatan tali pusat tanggal boleh terjadi disebabkan oleh anatomi bayi atau sistem ketahanan badan.

Mandi dan membersihkan bayi

Sebahagian daripada rutin harian anda ialah memastikan bayi anda sentiasa bersih. Dengan badannya yang masih kecil dan kelihatan halus dan lemah, pastinya pengalaman memandikan bayi buat pertama kalinya merupakan sesuatu yang mencabar. Namun, jika anda cuba memperuntukkan masa selama stengah jam, menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan dengan lebih awal dancuba bertenang, anda mungkin berasa seronok melakukannya. Lambat laun, ia akan menjadi rutin yang begitu mudah dan anda berasa amat yakin dan tidak kekok untuk melakukannya lagi.
Panduan memandikan bayi:
1. Seelok-eloknya gunakan sebuah besen kecil. Sebelum meletakkan bayi di dalam air, periksa suhu air dengan siku anda. Ia tidak seharusnya terlalu panas atau terlalu sejuk.
2. Kesemua kelengkapan untuk mandi hendaklah diletakkan di tempat yang mudah dicapai seperti:
 Sabun dan syampu bayi
 Sehelai kain untuk mengelap bayi
 Gumpalan kapas yang bersih untuk membersihkan mata bayi
 Sehelai tuala
 Pakaian dan lampin yang bersih
3.Pastikan bilik mandi atau bilik anda sentiasa hangat. Tutup semua tingkap untuk mengelakkan tiupan angina yang kuat.
Tanggalkan semua pakaiannya dan balutkannya dengan tuala.
4. Cuci mata dan basuh mukanya terlebih dahulu.
Celupkan gumpalan kapas di dalam air suam yang telah dimasak dan bersihkan kedua-dua belah matanya. Dengan lembut, usaplah mata bayi anda bermula dari bahagian sebelah hidung kearah bahagian pinggir luar mata.
Kemudian, gunakan gumpalan kapas bersih yang lain untuk mencuci mukanya.
5.Seterusnya basuh rambut bayi. Gunakan tapak tangan anda untuk menyokong kepala dan bahagian bahu bayi. Rapatkan kepalanya dengan air mandi. Dengan lembut, cedokkan air mandi ke atas kulit kepala bayi dengan tangan anda.
Tuangkan sedikit syampu tanpa pewangi atau sabun bayi dan bilas dengan bersih. Pastikan rambutnya dikeringkan dengan baik.
6. Seterusnya tanggalkan tuala. Pangku bayi anda dengan menggunakan lengan. Pegang bahagian atas lengannya dengan ibu jari dan jari telunjuk anda. Sebenarnya, cara pegangan ini adalah untuk memastikan anda masih dapat memegang lengan bayi sekiranya bayi terlepas dari lengan anda.
7. Letakkan bayi dalam posisi separuh tegak agar bahagian bawah tubuhnya terendam di dalam air dan pastikan kepala serta bahuya tidak berada di dalam air.
Gunakan tangan anda untuk membersihkan bayi. Mulakan dengan bahagian tubuh yang paling bersih kepada yang paling kotor. Berbual-bual dan senyum dengannya ketika memandikannya.
8. Setelah bayi anda benar-benar bersih, pastikan anda sentiasa menyokong bahagian lehernya dan letakkan tangan anda di bawah punggungnya dan dengan perlahan-lahan angkat bayi anda dan balutkannya dengan tuala . Keringkannya dengan lembut.
9. Anda harus mengeringkan kawasan sekitar pangkal tali pusatnya dengan baik. Kemudian cuci pangkal tali pusat dengan ubat antiseptic atau alcohol /spirit. Biarkan kawasan sekitar pangkal tali pusat terdedah dan elakkannya dari tergesel dengan kain lampin dengan memakaikan lampin di bawah pangkal tali pusat tersebut.

Amalan Pemakanan Bayi
Penyusuan susu ibu
Bagaimana untuk menyusukan bayi?
Jika bayi anda tidak mahu menghisap susu sebagaimana biasanya pada waktu pagi, maka anda haruslah memerah susu tersebut. Ini akan memastikan susu badan anda terus dapat dihasilkan dengan sempurna sepanjang hari itu. Jika anda tidak sihat atau tidak berada dirumah untuk menyusukan bayi, anda juga harus memerah susu agar susu dapat terus dihasilkan dengan sempurna.
Menyusui bayi mengikut permintaan: Lebih kurang 8 hingga 12 kali sehari. Biasanya selepas 2 hingga 3 bulan bayi akan selesa dengan penyusuan sebanyak 6 hingga 8 kali sehari.
Mengikuti cara bayi anda menyusu: seperti mengocak (stirring), menggeliat (stretching), pergerakan menghisap dan pergerakan bibir.
Mengetahui bila bayi anda kenyang: apabila bayi berhenti menghisap, menutup mulut atau mengalih mulutnya dari puting, dia mungkin kekenyangan atau berehat sebentar. Cuba sendawakan bayi atau tunggu sebentar sebelum menyusukan sekali lagi. Sekiranya bayi kenyang, bayi akan mengelak daripada disusukan. Bayi yang telah kenyang akan kelihatan selesa, ceria dan tidak meragam selepas setiap penyusuan pada kedua-dua belah payudara selama 5-20 minit, membasahkan lampinnya sebanyak 6-8 kali sehari dan mempunyai pertambahan berat badan yang baik.
Menyusu dengan mencukupi: Ibu bapa sentiasa risau sama ada bayi mereka menyusu dengan mencukupi atau tidak. Perhatikan kepuasan bayi antara masa penyusuan, kesedaran bayi, kesihatan kulit dan peningkatan berat badan. Bayi anda mungkin tidak menyusu dengan secukupnya sekiranya dia kurang membuang air besar atau air kecil dan lampin perlu ditukar kurang daripada 6 hingga 8 kali sekali, atau dia sentiasa tidur sepanjang masa. Jika anda mengesyaki yang bayi anda mungkin tidak menyusu dengan cukup, anda perlu membawanya untuk berjumpa dengan doktor.
Apabila bayi sentiasa menangis: lapar, perlu ditukarkan lampin, perlu sendawa, letih, perlu didodoi, hendak menukar kedudukan atau berasa tidak selesa.
Anda mungkin berasa tertekan sekiranya bayi anda menangis secara berterusan tanpa henti. Namun, anda mesti cuba terus tenang sepanjang masa dan jangan menggoncang bayi kerana ini boleh menyebabkan kecederaan yang serius.
Pemberian susu melalui botol: susu formula
Penyediaan susu formula
Kesemua perkakas termasuklah botol, putting susu perlu dibersihkan dan disteril dengan sempurna. Susu yang tidak habis diminum, haruslah dibuang. Susu yang telah dibancuh dan diletakkan dam suhu bilik lebih daripada 1 jam adalah tidak digalakkan kerana ia boleh merangsang pertumbuhan bacteria.
Bercerai susu
Bercerai susu bermaksud mencampurkan susu dengan sebarang makanan pejal. Namun, susu masih merupakan sebahagian penting dalam diet harian bayi anda. Kajian terbaru mengatakan bayi mungkin kurang mendapat alahan terhadap makanan jika pemberian makanan pejal ditangguhkan sehingga bayi mencecah usia 6 bulan.
Mulakan dengan memberi 1-2 sudu makanan disamping terus memberikannya susu seperti mana biasa. Adalah sesuatu yang sukar untuk menentukan banyak mana bayi anda perlu makan kerana setiap bayi mempunyai selera dan keperluan yang brbeza.



Membuang Air Besar
Najis pertama bayi dipanggil mekonium. Ia berwarna hijau pekat kehitam-hitaman. Apabila bayi anda telah mula menyusu atau makan, najisnya akan bertukar kepada kuning, coklat atau hijau.
Kekerapan bayi membuang air besar adalah amat berbeza antara bayi-bayi yang lain, tetapi kekerapannya akan berkurangan apabila dia semakin membesar.
Najis bayi biasanya cair. Bayi yang menyusu badan akan membuang air besar dengan lebih kerap dan najisnya lebih cair dan berwarna kuning. Kadang-kadang bayi tidak membuang air besar selama 1-3 hari kerana dia telah menyerap kesemua susu ibunya, maka dia tidak perlu membuang air besar dengan kerap. Namun, perkara ini tidak harus disalahertikan dan mengatakan bayi anda mengalami sembelit.
Najis bayi yang menghisap susu botol pula adalah lebih keras, berwarna lebih coklat, berbau lebih busuk berbanding bayi yang diberi susu ibu. Untuk melembutkan najis, adalah amat penting bayi diberi minum lebih banyak air di antara masa penyusuan. Jus buah-buahan yang telah dicairkan boleh diberi kepada Bayi yang telah berusia beberapa bulan.
Bayi yang jarang membuang air besar bermaksud dia tidak membuang air besar lebih daripada 3-4 hari dan najisnya sangat keras dan menyebabkan dia berasa tidak selesa dan sakit.


Corak Tidur Bayi

Walaupun bayi anda akan mempunyai corak tidurnya yang tersendiri, adalah penting untuk anda membantu bayi agar dapat membezakan antara siang dan malam; dengan menggunakan lampu malap di dalam bilik ketika bayi sedang tidur.
Cuba tidurkan bayi anda pada masa yang sama pada setiap hari. Ini dapat membantu bayi menyesuaikan dirinya dengan rutin yang tetap dan lambat laun bayi anda akan terjaga dari tidur pada waktu yang sama setiap hari. Adalah disyorkan agar bayi anda tidur mengiring atau melenting untuk mengurangkan risiko bayi lemas. Bayi yang baru lahir tidak seharusnya diberikan bantal.
Total waktu tidur bayi baru adalah 16 jam sehari, dengan tidur malam yang gelisah, diseling beberapa kali bangun. Setelah usia 5 minggu, barulah bayi memiliki pola tidur tetap, yaitu tidur lebih awal di malam hari  dan terbangun 2 - 3 kali di tengah malam. Ritual tidur bisa membantu bayi tidur lebih cepat dan berkualitas.

Menurut pengkaji, seorang bayi yang LETIH/PENAT dan INGIN TIDUR akan menunjukkan tanda-tanda berikut:
    •  Mulut bayi berbentuk ‘O’ dan seperti menguap. 
    • Bayi akan menangis/mengeluarkan bunyi ‘OWH’
    •  Menggosok-gosok mata.
    • Bibir mata bayi kemerah-merahan.
    • Pergerakan bayi akan tersentak-sentak.
    • Menarik telinga.
    • Menggeliat.
    •  Menolak badannya ke atas.
    •  Menggaru-garu kepala.




Menangis. apakah ertinya?
Berikut adalah beberapa sebab mengapa bayi anda menangis :
 Lapar
 Tidak sihat
 Kembung perut
 Lampin basah atau kotor
 Tidak berasa selesa
 Terlalu panas atau sejuk
 Rasa sunyi, atau bosan, ingin dibelai dan didakap
 Penat , ingin tidur
 Terkejut atau takut
Ibu bapa adalah dinasihatkan untuk belajar memahami corak tangisan bayi, kerana ia merupakan langkah yang amat penting untuk memahami keperluan bayi.
Mengurut Bayi
Bayi yang diurut kerap kali oleh ibu bapa biasanya kurang menangis berbanding dengan bayi yang tidak diurut. Ia mungkin berkaitan dengan fakta di mana bayi akan tidur dengan lebih lama dan menghasilkan kurang hormon tekanan berbanding dengan bayi yang tidak diurut. Selain itu, terdapat peningkatan dalam fungsi sistem pencernaan.
Tuam perut dan ari-arinya dengan kain atau daun sirih yang dipanaskan dengan seterika untuk elakkan kembung perut dan angin pasang.

Mainan Bayi.
Fungsi mainan  bukan cuma menghibur tetapi juga mengenalkan bayi  pada berbagai bentuk dan melatih otot matanya agar lebih terfokus. Untuk itu, pilihlah mainan dengan warna-warna cerah. Mainan bergerak dan berbunyi (musical mobile) yang digantung di tempat tidur akan merangsang indra penglihatan dan pendengaran bayi.  Beruang Teddy  yang lembut menyenangkan bayi saat  ia merabanya.  Rattle, mainan genggam yang berbunyi jika     digoyang, juga  menghibur dan melatih indra bayi. Bayi juga sangat terhibur melihat pantulan dirinya di cermin,bayangan  di tembok dan tetes hujan. Dan, tentu saja tidak ada yang lebih menggembirakan bayi dibanding saat ia bermain dengan ayah dan ibunya. 



No comments:

Post a Comment