Saturday, 17 May 2014

Cara bertungku

Penting cara untuk bertungku..sebab bertungku ni kena buat sendiri kebanyakan masanya..bukan tunggu orang datang urut saja baru bertungku..

JIKA BERSALIN SECARA CAESAR/OPERATION, TIDAK DIGALAKKAN BERTUNGKU DI KAWASAN PERUT DAN RAHIM.
Bertungku dilakukan seawal 2 minggu selepas kelahiran anak.

Anyway, copy dari site orang yang mengurut, link as follow:
http://fitrahsunnah.blogspot.com/2013/01/cara-bertungku.html

 Contoh batu tungku
 Terdapat 2 kaedah bertungku:
  1. Tungku refleksologi-Tungku menggunakan  batu gunung  berapi.Tungku diletakkan di bahagian tapak kaki kerana tapak kaki ada banyak saraf yang mengkontrol badan.Dengan meletakkan tungku pada titik yang betul sekaligus akan merawat bahagian yang sakit.
  2. Tungku Badan  - Tungku menggunakan tungku batu atau besi

Cara memilih bentuk tungku :
Kaum ibu dahulu akan memilih tungku berbentuk lonjong atau lebih kurung bulat bujur atau dekat sama seperti segitiga. Cuba lihat gambar yang saya lakarkan moga ia boleh membantu anda.
Pastikan no satu dan dua dlm rajah sbb saya akan gunakan nombor ini untuk membantu ibu -ibu cara terbaik menggunakan tungku.

Batu sungai begini di panaskan atas api . Di balut dengan daun sirih atau daun mengkudu atau daun lengkuas seperti di bawah dan digunakan sebagai tungku ibu lepas bersalin. .
 Kain pembalut tungku bersama daun lengkuas

Cara Memanaskan Batu Tungku :. 
Gunakan dapur gas memasak anda, dengan api yang perlahan panaskan batu . ingat jangan gunakan api yg besar sbb batu akan rekah dan terbelah. Lagipun api yang besar menjadikan batu cepat panas dan cepat sejuk juga. Tapi dgn api yg kecil panas akan meresap dlm batu , panas akan tahan lama dan batu sukar retak. Biar lebih kurang 5-15 minit, jangan terlalu lama kalau tak kain pun boleh terbakar. Nak lebih baik boleh la dapatkan daun sirih sebagai alas atas kain sebelum meletakkan batu tungku.Biasanya kepanasan tungku batu ini bertahan lebih kurang 1jam.

Cara bertungku ibu lepas bersalin lebih focus kepada proses mengecutkan rahim, menolak rahim keatas dan mengecilkannya. Letak bahagian bucu batu yang besar di atas ari ari dan tolak bahagian yang lebih kecil keatas. Buatlah berulang kali disetiap sudut bawah ari ari anda .Dengan menolak batu dari bawah ke atas

Bahagian badan lain yang perlu ditungku ialah bahagian dada, ulu hati, tengkuk, ketiak dan belikat. Tungku juga di bahagian atas buah dada ,letakkan juga perlahan-lahan  disekitar buah dada bagi melancarkan pengaliran darah Bertungku dibahagian ini dilakukan ketika ibu terbaring.

Dibawah ini  ditunjukkan cara bertungku di bahagian perut bagi wanita:


 Bahagian batu yg besar itu akan memanaskan rahim dan mengecutkannya.Bahagian kecil pula akan membantu menolak rahim dengan lembut. sebab itu ada batu tungku di olak seperti bentok botol.. Itu kepercayaan org melayu. Dan sekiranya bercanggah dgn anda itu hak individu.

   AWAS bagi ibu yang baru melahirkan dan ingin bertungku, jangan letak tungku di tengah perut.

Tungku juga membantu kita mengurangkan lemak bahagian perut. Puan -puan bolehlah  bertungku selama 1/2 iam pagi dan petangKalau sapu pati halia juga lebih selesa. Tapi pastikan dulu kulit anda tidak sensetif pada panas minyak minyak tertentu..

Tips: Selalunya kain batik di gunakan untuk membalut tungku tapi boleh juga diganti dengan kain cotton atau tuala kecil.. Masa tungku masih panas lapik perut anda dengan baju agar anda yakin dengan suhu yg selesa dan tidak mencederakan kulit anda. Bila rasa ok, baru selak baju dan tungku terus ke kulit perut. Bila tungku makin sejuk kurangkan lapik tungku anda, so anda dapat guna dlm masa yg lama. Lepas tungku boleh letak di bawah pinggang, bahagaian belakang pinggang, pungung dan kaki.

Tetapi untuk tujuan lain.. bertungku dgn rasa panas telah memadai. Letak dibahagian badan yg sakit dan selesa bagi anda

Pastikan tungku yang telah digunakan diletak di tempat yg selamat. Elakkan dr mencederakan anak dan org lain. 


 Cara bertungku seluruh badan   bagi mengurangkan sakit-sakit badan dan lenguh-lenguh badan:. 
  • Batu tungku dipanaskan lebih kurang selama 30 minit. Setelah itu, dibalut dengan beberapa lapisan kain yang telah diletakkan daun mengkudu. Setelah dibalut dengan rapi, hujungnya diikat dengan ketat supaya tidak terburai.
  •  Tungku di  bahagian ulu hati. Tujuannya untuk memecahkan angin di bahagaian perut dan ulu hati.  Setelah itu barulah ke bahagian belikat kanan dan kiri untuk beberapa minit.

  • Di bahagian tengkuk, bertungku dilakukan dengan meletakkan tungku di bawah tengkuk seperti menggunakan bantal. Bahagian ini perlu ditungku untuk memulihkan perjalanan darah di bahagian kepala dan leher. letakkan di titik bekam kaahil,dan alakhadian.

  • Di bahagian bawah pinggang pula, anda perlu menungku bahagian betis, peha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki. Ia memakan masa selama 15-20 minit. Pada bahagian terakhir, iaitu di tapak kaki, kaki dirapatkan menjadi satu kemudian digerakkan ke hadapan dan kebelakang, atau dengan menggolek-golekkan tungku kehadapan dan ke belakang sekiranya tungku itu berbentuk bulat atau bujur. Biarkan tungku berada di bahagian ini sehingga sejuk.
  • Lebihkan sikit masa  pada bahagian peha belah luar kiri kanan kaki. Ini kerana disitulah terletaknya  urat utama untuk darah mengalir ke kaki. kalau block darah di situ,akibatnya..kaki cepat lenguh

 Bertungku memerlukan kerajinan bagi mandapat kesan yang optimal. Selamat mencuba.

Penting persediaan bersalin urutan perinium bermula mengandung 34 minggu dan ke atas

Assalamualaikum..

Ada terjumpa pasal urutan perinium ni masa baca2 online..
Saje share kt blog sendiri..senang tak payah cari lagi :p

Link: http://fitrahsunnah.blogspot.com/2014_02_01_archive.html




Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan ketika hamil. Hal ini kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu para ibu memudahkan proses kelahiran yang bakal dilalui kelak.

Para ibu dinasihatkan untuk memulakan urutan perineum di antara bahagian lubang dubur dan lubang faraj bermula daripada minggu ke 34 kehamilan sehingga tiba saat mahu melahirkan. Kajian menunjukkan urutan perineum berupaya mengurangkan koyakan pada bahagian perineum. Lalu, mengurangkan risiko episotomi yang biasa dilakukan oleh para doktor dengan menggunting sedikt bahagian faraj untuk melancarkan laluan bayi.

Lebih daripada itu, kebanyakkan wanita yang pernah mengamalkan teknik ini melaporkan mereka tidak mengalami kesakitan di bahagian perineum dalam tempoh tiga bulan selepas melahirkan.

Urutan ini boleh anda lakukan sendiri di rumah, satu hinga dua kali sehari dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber semulajadi. Antaranya minyak kelapa, minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Namun yang demikian, elakkan daripada menggunakan minyak bayi, jeli petroleum atau apa jua jenis minyak yang mengandungi bahan kimia.

Selain daripada diri sendiri, anda boleh juga meminta suami melakukan urutan perineum. Apa yang lebih penting, lakukannya sewaktu anda tenang dan jangan sesekali melakukannya dalam keadaan terpaksa. Masa yang paling sesuai untuk melakukan urutan ini ialah sejurus selepas mandi. Lazimnya selepasmandi, bahagian perineum lebih lembut dan selesa untuk disentuh. 

Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan agar para ibu  mendapatkan pandangan daripada doktor terlebih dahulu sebelum melakukan urutan ini.


Langkah Demi Langkah

1. Cuci tangan anda dengan sempurna. Pastikan kuku sentiasa pendek.

2. Kedudukan yang sesuai untuk melakukan urutan ini ialah bersandar pada bantal di atas katil atau sofa dengan lutut dibengkokkan ataupun duduk di tandas. Dapatkan kedudukan yang selesa dan pastikan lokasi urutan adalah selamat dan tiada gangguan.

3. Sapukan jari dengan minyak pilihan anda.

4. Masukkan satu jari ke dalam dinding faraj iaitu lebih kurang 1 hingga 1.5 inci ke dalam faraj.

5. Pastikan empat jari lagi jari di bahagian punggung.

6. Tekankan ke bawah iaitu ke arah dubur dan sisi sehingga mengalami sedikit rasa regangan.

7. Tetapkan keadaan tersebut selama satu hingga dua minit.

8. Gerakkan ke semua jari mengikut bentuk U dan lakukannya berulang kali. Urut selama mana yang anda mahu atau sekurang-kurangnya lima minit setiap kali.

9. Selepas selesai melakukan urutan, buat kemutan pada bahagian faraj. Ia dilakukan sama seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angin keluar. tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.

Info: Urutan ini tidak dibenarkan jika para ibu mempunyai jangkitan pada bahagian faraj.

Monday, 12 May 2014

Cheklist persediaan bersalin & pembelian barang baby with some tips

Wow sekejap je masa berlalu..

tau2 perut dah makin besar..6 months plus sudey!
dah lama takde entry kat blog..so saje2 je la taip something..

Dah start beli barang masa 5 bulan pregnant aritu sbb kebetulan ada Mom & Baby expo kat SASICC seblah hotel Zenith..timing mmg tepat..sebab 2nd trimester la saat paling bertenaga & tak berapa loya nak jalan2 usha barang..perut kurang meragam..selesa la..yang penting energy tu ada..sbb 1st trimester mmg lembik gila sbb x lalu makan banyak benda & tendency untuk muntah2  :P   3rd trimester pun dijangka lembik sbb perut dah besar, penat nak bawak..lagipun bila perut besar akan tolak organ lain ke atas, menyebabkan pernafasan terhad & senang kena heartburn kalau silap makan..fuh mencabar beb! Memang jenuh la nak cari barang kalo mengah2 & sakit perut ni..mesti beli barang rasa nak main taram je ape ade..tak kuasa nak pkir panjang compare price segala..aku skrg nak masuk 7 bulan dah mula rasa perut x selesa..mknn macamnye nak kne cerewet semula macam 1st trimester dulu..kena makan mknn kurang pedas, kalau tak heartburn/pedih ulu hati malam2..tersiksaaaaa...

Anyway, masa Mom & Baby Expo tu, takdela banyak baju menarik..tapi the deal untuk other type of stuff memang so much better than normal price..dah compare a few things..tapi aku beli basic stuff la kebanyakannya..ade jugak yang tak berapa basic macam carseat & stroller (comes in 1 attractive package)..aih kalau bapak aku tau, mesti kena komplen! Sebab bapak aku ni tradisional sket bab2 macam ni..katanya tak elok prepare awal sangat! Dah dapat baby baru beli...tapi, kalau dapat baby baru beli memang tak sempat la..basic2 wajib beli..yang tak berapa basic tu aku bli je sebab murah masa expo/ada promotion..next time myb tak dapat lagi harga n deal mcm tu..

Anyway, di bawah ade disenaraikan antara item & kuantiti yang selalu disenaraikan untuk dibeli sebagai persediaan bersalin & care for baby..aku tulis skit2 brand yang aku pilih & also price + tips/notes for some items..
*biasanya aku cerewet material kain..kain lembut biasanya aku pilih untuk most item..so ada yang boleh jadi mahal skit la dr yg sepatutnya:


1. Clothing (newborn 0-3months)
  •  2 Baju lengan pnjg + seluar (Rm19 per set brand pigeon, yg comel sket anakku or disney Rm25 above per set kat parkson)
  • 2 Baju lengan pendek  + seluar
  • 2 Baju jenis berlubang
  • 2 Baju romper (carter's: rm33 for 5 rompers at expo)
  • 3 Sarung tangan (Rm3 per pair at expo, usually Rm5 per pair)
  • 3 sarung kaki/stokin
  • 2 topi (usually Rm10 per item)
  • 5 Barut
  • 2 bedung (ada bedung zip roughly Rm40+, bedung jenis strap (aku suka yg ni sebab boleh adjust size, lepastu ada opening kat bawah so bila tukar lampin takyah buka bedung semua..buka bawah je..) Rm40+, atau bedung guna selimut nipis je..anyway, kadang2 baby ni tak suka dibedung nak2 musim panas! pandai je geliat2..so kalau cmni myb lebih baik bedung guna selimut nipis je..jimat duit sebab 2 in 1..function selimut + bedung..hmm ade kemungkinan aku bli selimut aje lah..baby dlm perut ni macam lasak je..hari2 tendang kuat sejak umur 5 bulan dalam perut..mestinya tak suka dibedung!)
  • 5 sapu tangan (bila baby burp kadang termuntah susu sket)
  • 1 bekas baju
  • 1 nursery bag (beli kemudian takpe..tak penting sgt awal2 kelahiran)
2. Baby care & bathing
  •   1 Bag pampers newborn + sz S (aku beli huggies masa expo..roughly max 6-8 times tukar diapers per day depends pada jenis makanan baby-breastfeed/formula & kekerapan)
  • 1 Alas/lapik tukar pampers
  • 4 pack wipes/wet tissue (expo murah)
  • Tuala mandi (pigeon: Rm19 for 2 towels saiz baby kat parkson)
  • 1 baby cleanser,shampoo (2 in 1 pun boleh), lotion, bedak, nappy rash cream (aku guna bepanthen..pkai ni mmg kjap je rash hilang), baby oil, minyak telon/minyak yu yee, comb/brush set, cotton bud, cotton roll (lap kencing/berak), ketip kuku, thermometer, nasal respirator (aku suka brand pigeon..lembut &senang sedut hingus..mantops! aku punya suka beli smpai 2! ), ubat elak nyamuk (aku guna citronella oil based..ada yg umur sebulan ke atas boleh guna , ada yg 3 bulan ke atas baru boleh guna..ikut brand sebab kandungan tak sama..kat guardian pun ada..tanya ahli farmasi mana yang boleh guna), toilettries container, bath tub (pandai2 la pilih nak bli semua or bli sket dlu..mcm aku, tak bli lg nappy rash cream, cotton bud, thermometer, lotion)..

pigeon nasal aspirator
3. Cot & bedding
  • 1 tilam travel + bantal lekuk + bantal peluk (anakku Rm79 per set)
  • 1 selimut (cotton lebih selesa)
  • 1 kelambu nyamuk (x bli pun)
  •  1 baby cot (x bli sebab tidur dgn baby..tak letak baby dalam katil sbb nanti nak breastfeed selalu..penat weh kalo asek kena bangun amek dari katil..letak sebelah senang..sebab selang 2 jam baby nak minum..wuuu berjaga malam)
  • rocker/bouncer..aku tak guna buai..guna rocker/bouncer..aku usha kat Giant..yang besi tu Rm 100..pergh terkejut aku! bleh tahan mahal..aku beli Fisher-Price Precious Planet Newborn-to-Toddler Portable Rocker RM200 je kat www.qbabyshoppe.com.my..promotion masa tu..berbaloi lagi yang ni aku rasa..sebab boleh lipat, boleh basuh, boleh guna sampai 20kg tak silap..sampai umur budak beberapa tahun la..takdela masa baby je guna..memang lepas aku beli ni (baby umur sebulan lebih), hari2 aku letak atas ni la..sebabnya, baby aku selalu nak sendawa..bila baring, dia akan termuntah susu sebab angin tu tolak susu..bila dalam rocker ni, kepala dia tinggi dari badan..jadi kurang muntah susu..bila angin nak keluar, cuma akan nangis..then aku angkat baby & burp kan..standby alas la kat bahu in case termuntah juga kan..insiden muntah susu keluar ikut hidung mmg berkurang la..nak goyang pun senang..sambil makan boleh guna kaki untuk goyang..sambil tgk tv pun boleh..guna kaki je..hands free..haha..rocker ni boleh adjust ketinggian & ada mainan untuk digapai (pic kt bawah ni takde pulak mainan..tapi sebenarnya ada)..mak ayah aku pun suka sgt mende ni..senang nak jaga cucunya..tak letak atas tilam dah..hahaha..nak angkut baby dari bilik ke ruang tamu pun tarik je rocker tu..kalo baby tdo, kadang2 tak sedar pun kena tarik..tu la bagusnye..kalo angkat selalu mesti terbangun..rocker tu rupanya seperti di bawah:

best sungguh mende ni..suka3! =D
4. On the go
  • 1 Car seat (wajib amek yang dah test bab safety..aku cerewet bab safety ni..lagipun carseat memang aku perlukan sebab aku banyak kena travel sendiri nanti..aku bli brand kiddy masa expo ada promotion..www.kiddymalaysia.com..germany design, tested for safety..dpt Rm999 untuk stroller plus carseat, harga asal roughly Rm2700 untuk combine both item..puas hati dengan safety feature & senang nak install kat kereta & interchange ke stroller, can be used as carrier..depends pada orang la bab2 ni..)
  •  1 stroller
  • 1 carrier 
  • **aku dah beli set carseat segala..umur baby 2 bulan aku start beli mende lain untuk carry baby..aku beli ringsling & soft structured carrier..yang ni kena study sikit kat group Malaysian Babywearers (fb)..sila la join..barang2 ni mahal sikit tapi senang weehhhh nak bawak anak ke mana2 tak yah angkut stroller..baby pun selesa sbb melekap dekat badan kita..nak keluar senang sebab baby selesa & tidur dalam dakapan..boleh kasi breastfeed time jenjalan pun kalo dah terer..hidup menjadi mudah..huhu..anak pun selamat dari kne ambil dek orang..banyak kes culik sekarang ni..fuh bahaya
  •  
     
    ni boba 4g..ada byk brand lg murah..paling murah aku tau brand patapum..masa tu tak tau..huhu..rembat la mana ada kat fabulous mom tu..local made pun ada..kat fb tu ada neezaneedles, snuggbaby..mcm2..
     
     Tips keluar sensorang guna mende ni: 
    Pergi toilet: Masuk je skali ngan baby..masa nak membuang kena angkat baby tinggi sikit..kena guna tandas duduk la..sediakan tisu..hehe
    Barang2: pampers, botol susu(kalau ada) dan lain2 tu..sila letak dalam beg sling..pakai beg dulu (menyilang) kemudian baru pkai carrier ni..jadi tak asyik jatuh dari bahu beg tu..kalau brand boba, ada tempat sangkut beg..tapi aku rasa pakai beg menyilang lagi selamat dan stabil/senang..gambar kat bawah ni baru lepas outing ngan baby..hehe
     
5. Breastfeeding
  •  1 breastfeeding pump ( medela freestyle Rm1499 at www.babyhouz.com..super fast service! Boleh dapat rm1399 at certain online website..usha2..online banyak jual murah..spectra pun ok..famous jugak)
  • 1 feeding bottles (avent natural rm60 for 2 bottles at www.qbabyshoppe.com.my..)
  • 1 Bottle brush
  • 1 Bottle cleanser
  • 1 drying rack (Rm 27 kot? online murah je..treenie, autumnz..tapi beli..tgk2 aku tak guna pon..tettt..)
  • 1 cooler bag (kemudian2 beli pun boleh..biasa guna nak letak botol susu kat tempat kerja/masa travel)
  • 30 milk storage container (simpan susu yang dah dipam..bumble bee untuk medela freestyle pump, bli online at qbabyshoppe, brand lain autumnz, jingle jungle..)
  • 1 electric steam sterilizer (Rm99 brand jingle jungle/ autumnz)
  • 1 bottle warmer (Rm159 for Dr Brown's - no 1 choice rated for UK, 2nd rate untuk brand Avent..aku beli Dr Brown sebab heating time dalam 2-5 minit..ade orang cakap/tulis kat blog warmer little bean/autumnz sangat slow..amek masa 15 minit untuk panaskan susu..last2 panaskan guna air panas je..aku tak kuasa nak panaskan air lpastu rendam botol kalau malam2 ni..tgh ngantuk2..nak on switch  lpastu tinggal pastu amek je..cepat2 panaskan susu so baby tak meragam..boleh breastfeed je tapi kalau nak rest time x larat boleh la guna susu yang dah pam..suruh suami panaskan je)
6. Maternity
  • 2 Nursing bra (aku bli lebih dari 5..dah mula pkai pun sbb selesa..bra lama dah x selesa..kejap je increase size..kena beli cup besar sket untuk bra ni..contohnya masa 6 bulan pregnant cup B so beli cup C..sebab bila ada susu akan lagi kembung breast..bli kat fabulous mom..pattern lawa & price ok la jgk dlm Rm30+..aku cerewet bab bra ni..surprisingly kain punya pun ok, support jugak breast..test la mana selesa)
  • 1 pack breast pad, nipple shield, nipple cream (pilih la nak beli ke tak..nipple cream & nipple shield ni guna bila ada kes je)
  • 5 disposable panties (guna masa kat hospital time bersalin..kat guardian pun ada..Rm8 tak silap untuk 5 helai)
  • 1 pack maternity pad (kotex aje aku bli..yang extra long + wing)
  • 1 nursing shawl
  • 2 nursing shirt
  • 1 maternity/breastfeed pillow (tak beli pun..besar sgt..)
  • 2 bengkung 
  • Kain batik
  • Stoking
  • 1 set bersalin (tanamera Rm 335 per set termasuk 1 bengkung..bli online..untuk herba sapu pada perut, kalau set punya dah habis boleh buat sendiri..guna kunyit mix with perahan limau..sapu kat perut, alas dengan kain then pkai bengkung..kalau xde alas kain nanti bengkung comot le..)
  • Tungku ibu (memula ingat nak bli yang besi punya..mak mertua cakap berat sgt tu..1.5kg..tangan lenguh nak bertungku lama2..so aku minta abah cari batu sungai aje le..bentuk bujur (bulat tak sesuai untuk bertungku)..kepanasan tahan lebih lama dari yang jenis punjut yang jual kat expo & online..aku tak beli alas tungku herba..guna kain batik pun boleh nak balut tungku)..tungku baby takyah beli pun ok kot? ade org kata guna je kain biasa then panaskan guna iron n tuam kat perut baby skit2..atau nak buat sendiri pun boleh! letak kacang hijau/pasir halus dalam punjut then ikat, then panaskan guna seterika n tuam..baby tak perlu nak tungku lama sgt..ibu perlu la lama2..sebab baik untuk peranakan & buang angin dlm badan..

Stakat ni je la kot..depends la nak tambah nak kurang..tak semua yang list kat sini aku beli..ada yg aku skip..tak beli pun..nanti kalau rasa perlu boleh beli..





Di bawah pulak, disenaraikan item untuk bawa ke hospital semasa bersalin..



Hospital Packing List



i) Baby's Needs
Bil Item Quantity
1 Baju lgn pnjg 4
2 Pampers 10
3 Stokin tgn & kaki 3
4 Napkin kain (bedung) 2
5 Barut 2
6 Topi 2
7 Bantal 1
8 Tuala 1
9 Minyak yu yee 1



ii) Mom's Needs
Bil Item Quantity
1 Pink book
2 IC
3 Kad nikah
4 Surat GL (kje kerajaan)
5 Tshirt 1
6 Skirt labuh 1
7 Pad 6
8 Disposable panties 4
9 Socks
10 Tuala
11 Nursing bra
12 Breast Pad
13 Telekung
14 Sweater
15 Ayat2/doa mudah bersalin
16 Discharge Outfit
17 Minyak panas
18 Toiletries (Tootbrush/paste, shampoo, lip balm, comb, soap, deodorant)
19 Water Flask
20 Glass
21 HP Charger
22 Kain batik 2
23 Air selusuh 1
24 Snacks (Drink, Biscuits)



Okey lah..ni je kot..papai!