Ada terjumpa pasal urutan perinium ni masa baca2 online..
Saje share kt blog sendiri..senang tak payah cari lagi :p
Link: http://fitrahsunnah.blogspot.com/2014_02_01_archive.html
Urutan yang dilakukan di
bahagian perineum amat digalakkan ketika hamil. Hal ini kerana ia
sedikit sebanyak dapat membantu para ibu memudahkan proses kelahiran yang
bakal dilalui kelak.
Para ibu dinasihatkan untuk
memulakan urutan perineum di antara bahagian lubang dubur dan lubang
faraj bermula daripada minggu ke 34 kehamilan sehingga tiba saat mahu
melahirkan. Kajian menunjukkan urutan perineum berupaya mengurangkan
koyakan pada bahagian perineum. Lalu, mengurangkan risiko episotomi yang
biasa dilakukan oleh para doktor dengan menggunting sedikt bahagian
faraj untuk melancarkan laluan bayi.
Lebih daripada itu,
kebanyakkan wanita yang pernah mengamalkan teknik ini melaporkan mereka
tidak mengalami kesakitan di bahagian perineum dalam tempoh tiga bulan
selepas melahirkan.
Urutan ini boleh anda
lakukan sendiri di rumah, satu hinga dua kali sehari dengan menggunakan
minyak tertentu yang berasaskan sumber semulajadi. Antaranya minyak
kelapa, minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Namun yang
demikian, elakkan daripada menggunakan minyak bayi, jeli petroleum atau
apa jua jenis minyak yang mengandungi bahan kimia.
Selain daripada diri
sendiri, anda boleh juga meminta suami melakukan urutan perineum. Apa
yang lebih penting, lakukannya sewaktu anda tenang dan jangan sesekali
melakukannya dalam keadaan terpaksa. Masa yang paling sesuai untuk
melakukan urutan ini ialah sejurus selepas mandi. Lazimnya selepasmandi,
bahagian perineum lebih lembut dan selesa untuk disentuh.
Walau bagaimanapun,
adalah dinasihatkan agar para ibu mendapatkan pandangan daripada doktor
terlebih dahulu sebelum melakukan urutan ini.
Langkah Demi Langkah
1. Cuci tangan anda dengan sempurna. Pastikan kuku sentiasa pendek.
2. Kedudukan yang sesuai
untuk melakukan urutan ini ialah bersandar pada bantal di atas katil
atau sofa dengan lutut dibengkokkan ataupun duduk di tandas. Dapatkan
kedudukan yang selesa dan pastikan lokasi urutan adalah selamat dan
tiada gangguan.
3. Sapukan jari dengan minyak pilihan anda.
4. Masukkan satu jari ke dalam dinding faraj iaitu lebih kurang 1 hingga 1.5 inci ke dalam faraj.
5. Pastikan empat jari lagi jari di bahagian punggung.
6. Tekankan ke bawah iaitu ke arah dubur dan sisi sehingga mengalami sedikit rasa regangan.
7. Tetapkan keadaan tersebut selama satu hingga dua minit.
8. Gerakkan ke semua
jari mengikut bentuk U dan lakukannya berulang kali. Urut selama mana
yang anda mahu atau sekurang-kurangnya lima minit setiap kali.
9. Selepas selesai
melakukan urutan, buat kemutan pada bahagian faraj. Ia dilakukan sama
seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angin keluar. tahan
selama 10 saat dan lepaskan 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.
Info: Urutan ini tidak dibenarkan jika para ibu mempunyai jangkitan pada bahagian faraj.
No comments:
Post a Comment