JIKA BERSALIN SECARA CAESAR/OPERATION, TIDAK DIGALAKKAN BERTUNGKU DI KAWASAN PERUT DAN RAHIM.
Bertungku dilakukan seawal 2 minggu selepas kelahiran anak.
Anyway, copy dari site orang yang mengurut, link as follow:
http://fitrahsunnah.blogspot.com/2013/01/cara-bertungku.html
![]() |
Contoh batu tungku |
- Tungku refleksologi-Tungku menggunakan batu gunung berapi.Tungku diletakkan di bahagian tapak kaki kerana tapak kaki ada banyak saraf yang mengkontrol badan.Dengan meletakkan tungku pada titik yang betul sekaligus akan merawat bahagian yang sakit.
- Tungku Badan - Tungku menggunakan tungku batu atau besi
Cara memilih bentuk tungku :
Kaum ibu dahulu akan memilih tungku berbentuk lonjong atau lebih kurung bulat bujur atau dekat sama seperti segitiga. Cuba lihat gambar yang saya lakarkan moga ia boleh membantu anda.
Pastikan no satu dan dua dlm rajah sbb saya akan gunakan nombor ini untuk membantu ibu -ibu cara terbaik menggunakan tungku.
Batu sungai begini di panaskan atas api . Di balut dengan daun sirih atau daun mengkudu atau daun lengkuas seperti di bawah dan digunakan sebagai tungku ibu lepas bersalin. .
![]() |
Kain pembalut tungku bersama daun lengkuas |
Cara Memanaskan Batu Tungku :.
Gunakan dapur gas memasak anda, dengan api yang perlahan panaskan batu . ingat jangan gunakan api yg besar sbb batu akan rekah dan terbelah. Lagipun api yang besar menjadikan batu cepat panas dan cepat sejuk juga. Tapi dgn api yg kecil panas akan meresap dlm batu , panas akan tahan lama dan batu sukar retak. Biar lebih kurang 5-15 minit, jangan terlalu lama kalau tak kain pun boleh terbakar. Nak lebih baik boleh la dapatkan daun sirih sebagai alas atas kain sebelum meletakkan batu tungku.Biasanya kepanasan tungku batu ini bertahan lebih kurang 1jam.
Cara bertungku ibu lepas bersalin lebih focus kepada proses mengecutkan rahim, menolak rahim keatas dan mengecilkannya. Letak bahagian bucu batu yang besar di atas ari ari dan tolak bahagian yang lebih kecil keatas. Buatlah berulang kali disetiap sudut bawah ari ari anda .Dengan menolak batu dari bawah ke atas
Bahagian badan lain yang perlu ditungku ialah bahagian dada, ulu hati, tengkuk, ketiak dan belikat. Tungku juga di bahagian atas buah dada ,letakkan juga perlahan-lahan disekitar buah dada bagi melancarkan pengaliran darah Bertungku dibahagian ini dilakukan ketika ibu terbaring.
Dibawah ini ditunjukkan cara bertungku di bahagian perut bagi wanita:
AWAS bagi ibu yang baru melahirkan dan ingin bertungku, jangan letak tungku di tengah perut.
Tungku juga membantu kita mengurangkan lemak bahagian perut. Puan -puan bolehlah bertungku selama 1/2 iam pagi dan petangKalau sapu pati halia juga lebih selesa. Tapi pastikan dulu kulit anda tidak sensetif pada panas minyak minyak tertentu..
Tips: Selalunya kain batik di gunakan untuk membalut tungku tapi boleh juga diganti dengan kain cotton atau tuala kecil.. Masa tungku masih panas lapik perut anda dengan baju agar anda yakin dengan suhu yg selesa dan tidak mencederakan kulit anda. Bila rasa ok, baru selak baju dan tungku terus ke kulit perut. Bila tungku makin sejuk kurangkan lapik tungku anda, so anda dapat guna dlm masa yg lama. Lepas tungku boleh letak di bawah pinggang, bahagaian belakang pinggang, pungung dan kaki.
Tetapi untuk tujuan lain.. bertungku dgn rasa panas telah memadai. Letak dibahagian badan yg sakit dan selesa bagi anda
Pastikan tungku yang telah digunakan diletak di tempat yg selamat. Elakkan dr mencederakan anak dan org lain.
Cara bertungku seluruh badan bagi mengurangkan sakit-sakit badan dan lenguh-lenguh badan:.
- Batu tungku dipanaskan lebih kurang selama 30 minit. Setelah itu, dibalut dengan beberapa lapisan kain yang telah diletakkan daun mengkudu. Setelah dibalut dengan rapi, hujungnya diikat dengan ketat supaya tidak terburai.
- Tungku di bahagian ulu hati. Tujuannya untuk memecahkan angin di bahagaian perut dan ulu hati. Setelah itu barulah ke bahagian belikat kanan dan kiri untuk beberapa minit.
- Di bahagian tengkuk, bertungku dilakukan dengan meletakkan tungku di bawah tengkuk seperti menggunakan bantal. Bahagian ini perlu ditungku untuk memulihkan perjalanan darah di bahagian kepala dan leher. letakkan di titik bekam kaahil,dan alakhadian.
- Di bahagian bawah pinggang pula, anda perlu menungku bahagian betis, peha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki. Ia memakan masa selama 15-20 minit. Pada bahagian terakhir, iaitu di tapak kaki, kaki dirapatkan menjadi satu kemudian digerakkan ke hadapan dan kebelakang, atau dengan menggolek-golekkan tungku kehadapan dan ke belakang sekiranya tungku itu berbentuk bulat atau bujur. Biarkan tungku berada di bahagian ini sehingga sejuk.
- Lebihkan sikit masa pada bahagian peha belah luar kiri kanan kaki. Ini kerana disitulah terletaknya urat utama untuk darah mengalir ke kaki. kalau block darah di situ,akibatnya..kaki cepat lenguh
Bertungku memerlukan kerajinan bagi mandapat kesan yang optimal. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment