Larangan:
Ikan
|
Sayur
|
Lain-lain
|
·
Ikan -ikan yang berbisa saperti ikan bawal hitam ,
ikan terubuk, ikan duri, ikan pari, ikan sembilang, keli (kesakitan yang
berbisa/bentan pintu rahim)
·
ikan kembung , sembilang , tamban, cencaru, tongkol,parang
, udang, sotong, kerang (kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan)
·
ikan masin (darah nifas berbau busuk)
|
·
sayuran
yang menjalar/sejuk/berangin seperti kangkung,
timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti
(bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman,
petai, jering serta terung (kembung dan sakit-sakit badan)
|
·
minuman sejuk bergas dan tajam saperti air tebu ,
air cincau , air kelapa muda
·
Buah nenas, jambu, belimbing , durian belanda ,
mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak
hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi,
sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. (penyakit tulang , sejuk otot
dan sendi)
|
Dibenarkan:
Ikan/daging
|
Sayur
|
Lain-lain
|
·
Ikan Merah, Tenggiri, Haruan (sembuh luka), Yu
(banyakkan susu ibu), Jenahak, Selar Kuning , Kerisi, Kurau, Kerapu, Siakap,
Kod , Bawal Putih & Senangin.
·
ayam hitam, ayam didik atau ayam
selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini
dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh.
·
Burung puyuh dan merpati juga
baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada
waktu malam.
·
mkn ikan haruan stim seminggu, pati haruan +
gamat seminggu (pagi), pati ayam (tghr)
|
·
ulam -ulam Pegaga (berkhasiat untuk
merawat vagina),Lemuni, pucuk mengkudu, ulam raja,
·
Brokoli, Daun pudina , Lobak Merah, Tomato
biji, Asparagus ,Salad, Capsicum, dan Ubi Kentang, , daun atau ubi cekur,
sawi?
·
serai, lengkuas bunga kantan, kunyit hidup, daun
kesum, halia, Daun kari, Cili Merah, Bebawang ( merah , putih ,besar)
·
white radish masak bening(bwg putih merah,
halia, serbuk black pepper, ikan bilis)
|
·
buah-buahan seperti
Epal merah (bukan yang masam,) Oren Manis,Kurma , Buah Zaitun, Buah
Tin, Delima , Pic, Aprikot, Strawberi, Anggur
·
Jus Epal, Blackcurrant ( Ribena ) buah Peach
& sirap. Minuman berkhasiat iaitu Susu, Susu Kacang Soya, Horlicks,
Milo & Air Akar Herbanika
·
Gunakan Gula Merah , Gula Perang , Raw Sugar
dan Madu Lebah.
·
Nasi Panas sederhana lembut , Bubur Nasi ,
Spagetti, Pasta & Makaroni
·
Makanan Bijirin iaitu Gandum , Oats, Empingan
jagung (Corn flakes ) Bran , Muesli, Beras Merah Perang ,Kismis Kuning
dan hitam, Kekacang Soya ( Tahu,Tempe &Tofu ) Kekacang Badam , Walnut,
Gajus & Bijan, Roti Putih, Roti Wholemeal/ wholeGrains
·
Makan vitamin/supplement untuk tambah tenaga &
kesihatan badan: Iberet, fish oil, calcium, vit C, madu, cuka epal, air
delima, kurma
|
Tips/notes
berkaitan pemakanan/penjagaan badan:
- Makan vitamin/supplement untuk tambah tenaga & kesihatan badan: Iberet, fish oil, calcium, vit C, madu, cuka epal, air delima, kurma,
- Mitos seperti minum air banyak akan meyebabkan peranakan berair atau memakan sayuran kerana menyebabkan angin adalah tidak benar sama sekali.
- Minum banyak air untuk tambah susu, elak sembelit, cepat penyembuhan luka
- Bengkung mula dipakai dari hari ke-4 (selepas 2 minggu jika pembedahan/caesar). Bengkung yang baik adalah bengkung yang mempunyai diameter yang panjang menutupi daripada paras bawah dada sehingga ke bawah pinggul. Diameter bengkung yang pendek akan menyebabkan ia mudah terangkat ke atas & akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. Selain itu, bahagian pinggul serta paha akan tertinggal seperti terlebih isi dan akan menjejaskan potongan badan
- Memakai sarung kaki & baju tebal selama dalam pantang agar badan tidak sejuk dan dimasuki angin
- Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.
- Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut -mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik.
- Minum air pati kunyit+sirih+air asam jawa+sedikit gula merah(perasa) selama 3 hari semasa dalam pantang (selepas seminggu lebih) adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut. Blend kunyit dan sirih, tapiskan dan ambil airnya..kemudian masak di atas dapur api, campurkan bersama air asam jawa & sedikit gula merah.sekali buat boleh disimpan sampai 4 hari.minum segelas sahaja sehari, pada waktu malam.
Tips/notes
berkaitan penyusuan:
- Urut buah dada ke arah puting untuk memudahkan aliran susu. Jika buah dada selalu diurut, nescaya masalah saluran puting susu tersumbat boleh diatasi.
- Jika bengkak, letakkan sekeping besar sayur kubis di dada
- Makan lobak putih, habbatus sauda, halba,
Pantang Larang Semasa Dalam Pantang:
- Sewaktu tidur atau berjalan-jalan , pastikan ibu jari kaki dijaga supaya tidak tersepak (elak bentan/tumpah darah/pitam)
- Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang (berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala). Tidur dengan bantal tinggi adalahdigalakkan.
- Jangan Duduk Mencangkung - menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar
- tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit
- dilarang tidur/keluar dari rumah di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran
- dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.
- digalakkan berpantang 100 hari tidak boleh mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan ibu-ibu dan kesihatan ibu-ibu.
Bertungku:
- Bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut.
- Dilakukan setiap hari pagi dan petang selepas 2 minggu sehingga 44 hari
- tekan perlahan-lahan sehingga tenggelam sedikit tungku. Mula dari bahagian hulu hati ke sekeliling pinggang. Kemudian ke cawan peha dan berakhir di tundun. Buat berulang kali selama setengah jam. Dan akhiri di peha, celahan peha, lutut, kaki dan tapak kaki.
- Bolehlah menekan dan mencungkil peranakan tetapi perlu dapatkan mereka yang mahir jik atidak akan menyebabkan peranakan lari atau tidak kembali ke asal.
Mandian ibu bersalin:
- Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan (tidak boleh berdiri atau mencangkung)
- Sebelum mandi hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih ( menyembuhkan luka-luka). Jirus dari leher dengan air suam kuku dengan air rebusan daun-daun secara perlahan-lahan supaya air meresap ke liang roma. Ratakan air di seluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan. Mandi pada setiap pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.
- Dilarang membasuh rambut dengan air panas atau air rebusan herba yang panas bagi mengelakan sakit kepala atau rambut gugur. Gunakan air biasa.
- Rawatan berlulur boleh dibuat sebelum atau selepas mandi
- Rawatan mandi wap/bertangas - selepas hari ke-30 iaitu selepas darah nifas kering. Tujuannya adalah untuk mengaktifkan pengeluaran peluh sebagai rawatan pengenyahkan racun di badan. Serta membantu proses penyembuhan dan pengecutan saluran sulit dan peranakan.
Rawatan Urutan Tradisional:
- Urutan yang baik membantu memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan darah, angin serta lendir yang kotor dan melawaskan nifas daripada tersekat atau tersumbat. Urutan dapat menenangkan emosi, meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi.
- Dilarang mengasak, menekan, memaksa atau menolak peranakan dalam tempoh 2 minggu pertama. Ini kerana peranakan masih lemah, luka dan bengkak.
- Hanya urut dibahu, leher, dada dan payudara. Kemudian dari bahu ke siku, lengan dan jair-jemari.
- Selepas 2 minggu sehingga 44 hari baru boleh disentuh di bahagian kedudukan rahim.
Masa sesuai untuk
aktiviti semasa berpantang:
- kegel exercise setiap kali ingat
- Pakai bengkung + pilis – lepas 4 hari, kalau operate lepas 2 minggu
- Minum air pati kunyit+sirih+air asam jawa+sedikit gula merah(perasa) selama 3 hari semasa dalam pantang (selepas seminggu lebih)
- mkn ikan haruan stim seminggu, pati haruan + gamat seminggu (pagi), pati ayam (tghr)
- Pumping susu selepas 2 minggu
- Bertungku selepas 2 minggu
- Urut bahagian rahim selepas 2 minggu sehingga 44 hari
- Rawatan mandi wap/bertangas selepas hari ke-30
- pantang jimak 50/100 hari, pantang makan 100 hari
tips yg informative. thx ya for sharing. Anyway, jemput ke blog saya untuk info2 kekal cantik dan slim.
ReplyDelete>>>Kurus sihat Semula Jadi!<<<