Konon2 la kan cerita psl persediaan perkahwinan..hehehe..hmm..nak igt2 semula apa yang dah dibuat..so far, apa yang perlu dibuat sudah pun dibuat tanpa rasa kelam kabut..sbb partner push kot? ngehehe..
Roughly, ni yang perlu dibuat sebagai preparation untuk kahwin..
*untuk senang monitor, boleh set start date/tarikh mula perkara untuk dibuat dan due date/tarikh akhir perkara perlu selesai*
Pendaftaran perkahwinan
-Kursus kahwin (2 days course)
-Ujian HIV (finger prick test..5 min dah dapat result kalau klinik tak ramai org..skrg result valid for 6 months..dulu 3 months je..)
-Cari/book tok kadi & saksi (tok kadi ni akan sign borang permohonan nikah)
-Isi dan hantar borang permohonan nikah
-Follow up status permohonan nikah
Guest list
-family, vip, friends
*penting untuk edaran kad& gift, food estimation, khemah*
Kad jemputan
- tempahan-prepare peta lokasi, aturcara majlis
-collect from kedai
-kumpul address (fb/sms)
-tulis & edaran secara pos
*bg kad kpd photographer, pa system, tok kadi & lain2 yang terlibat secara direct dgn majlis*
Brg hantaran
-hantar untuk gubahan
-collect gubahan hantaran
Yang ini terpulang la kepada masing2 nak hantar & balas berapa..
Kalau boleh, bagi brg biar la ada maksud..
Biasanya yang wajib ada mesti persalinan baju, wangian/brg mandian, makanan..sbb brg2 hantaran ni, umpamanya hadiah utk seseorang tu bersiap2..contohnya bagi brg mandian boleh bg towel juga..bagi baju melayu boleh bagi sampin/kain pelikat untuk match..kalau bg baju kemeja tak perlu la bagi sampin/kain pelikat..kalau moden, semua persalinan kena moden..kalau tradisional, semua persalinan kena tradisional..baru la tak nmpk janggal..
Cincin dan mas kahwin tidak termasuk dalam brg hantaran..biasanya, semasa akad nikah cincin dan mas kahwin akan dibawa..tetapi barang hantaran yang lain tidak dibawa. Namun begitu, sekiranya wang hantaran dijadikan salah satu barang hantaran, ia perlu dibawa semasa akad nikah kerana kebanyakan negeri sekarang semasa akad nikah, tok kadi akan minta wang hantaran ditunjukkan..ada sesetengah tok kadi tidak menerima cek kosong kerana terdapat kes penipuan dimana pihak perempuan tidak dapat cashkan cek tersebut..jadi selalunya bank draft yang lebih baik digunakan..anyway tak expert bab bank2 pnya hal ni..maybe boleh tanya yang lebih pakar..
Semasa akad nikah:
*jgn lupa bawa kad pengenalan dan upah tok kadi dan saksi semasa majlis akad nikah..upah tok kadi dan upah saksi dibayar oleh ayah pengantin perempuan..mungkin ada silap disini, sila confirmkan dengan source lain..hehe..
Pengapit
-pilih pengapit L&P
-bayaran baju pengapit L&P
-confirmation attendance
Pakaian & andaman
-fitting baju
-ambil baju
-inai
*for us, kami pilih kedai mana kami nak, then terus pilih baju mana berkenan..disebabkan baju yang disukai warna tu, maka kami punya tema kahwin pun kaler tu..ni nak sng la..boleh je nak design sendiri etc..kami kurang cerewet..asalkan kahwin,majlis lancar, pkaian n andaman nmpk cantik, Alhamdulillah..
*kadang2, kita buat plan punya la detail, punya la nak mcm tu mcm ni..turns out that day mcm2 prob..hmm..apa2 pun, jgn terlalu stress memikirkan details..buat je apa yg perlu dibuat..jgn terlalu cerewet dan expectation jgn terlalu tinggi..nanti kecewa sedih pulak di hari bahagia..
Hiasan lain
-prepare bunga pahar
-prepare bunga manggar
-prepare tanda arah rumah
-pasang tanda arah rumah
Tempahan tmpt makan
-kanopi
-meja mkn
-alas meja mkn, meja buffet, kerusi
-kipas
-lampu
-area basuh tgn
-area cuci pinggan
Makanan (meja pengantin, VIP, tetamu)
-tempah kek pengantin
-pemilihan menu
-collect kek pengantin
-food arrangement at buffet/table set
-food topup
-edaran gift
-packing extra food
PA system
-attendance confirmation/reminder
-pemilihan lagu
-prepare space for DJ & wiring
-script/aturcara majlis
Photographer
-check out hasil kerja
-confirmation of attendance
-collection of albums
Gift
-tempah
-terima
-packing
-edaran
Penginapan tetamu
-Homestay?
Tempat tinggal lepas kahwin
-sewa/beli/parents?
Honeymoon
-tempah place to stay etc
I think thats it la..boleh tambah2 sendiri mana yang nak & perlu..
Untuk majlis perkahwinan, semasa berbelanja perlu beringat-ingat..
Ukur baju di badan sendiri & belanja mengikut kemampuan..
Goodluck!!
No comments:
Post a Comment